ditegur oleh beberapa rakan berkenaan 'post' di Facebook tentang AUKU dan pergerakan mahasiswa,saya dengan tenang membalas 'sekiranya Facebookers boleh bercakap benda-benda lucah,ayat-ayat jiwang maka apa salahnya aku bercakap tentang revolusi minda?mahasiswa?gerakan kesedaran?permasalah remaja?'.
refleksi cermin
satu perkara yang kita perlu faham adalah bagaimana kita melihat dan menilai sesuatu isu,samada secara profesional mahupun emosional.kerana saya melihat keterbalikan dalam masyarakat,tatkala isu itu mengganggu sensitiviti peribadi mereka,barulah mereka banyak bunyi,tapi tatkala isu itu menimpa masyarakat,negara dan agama,tidak kedengaran lagi laungan lantang dulu.sesetengah masyarakat kita naif dan keliru.sesetengah masyarakat kita sentimental dan emosional.mungkin kenyataan saya ini boleh menimbulkan satu lagi kemarahan kepada mereka.apapun,tiada manusia waras yang memecahkan cermin tatkala melihat jerawat timbul di wajah.apa salah cermin yang sekadar menunjukkan refleksi,fakta berkenaan wajah kita yang berjerawat?sebab itu,sekali lagi,emosional!
Senyum itu manis
saya pasti ramai yang bersetuju sekiranya saya kata di kebanyakan tempat di Malaysia,masyarakat kita masih kedekut dengan senyuman dan berwajah manis,tapi sebaliknya yang terpamer di wajah adalah muka penuh syak.Saya makan di kedai-kedai makan,dan kebanyakan daripada pelayan dan petugas di kedai-kedai ini tidak senyum pun pada pelanggan,saya enggan membandingkan kedai makan di jalan-jalan dengan restoran-restoran terkemuka di bandar-bandar,tidak selaras tahap namanya.namun saya yakin ramai bersetuju dengan saya,senyum itu bukan sekadar melambangkan imej premis semata-mata tetapi melambangkan juga imej individu itu sendiri.oleh itu,wahai rakyat Malaysia,senyum lah,negara akan maju.=) =) =)

Biskut Masyarakat
secebis biskut untuk dirasa,apa yang kita harapkan adalah rasanya manis.tapi biskut masyarakat kita,apakah rasanya manis?masyarakat kita perlu berani mencetus perubahan dalam etika kerja dan cara berfikir,masyarakat perlu berani melancarkan revolusi minda dalam diri mereka.dengan itu,diharapkan masyarakat yang lahir pada hari esok adalah masyarakat yang baik,cemerlang,beretika,berdisiplin,punya minda kelas pertama dan mampu menjana manfaat kepada manusia sejagat,insha Allah.
Spread The Love <3
Penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil
No comments:
Post a Comment