Thursday, February 4, 2021

Prekuel: Tinggi Langit
Microsoft Flight Simulator, cuma satu program biasa.bukan satu permainan untuk menghabiskan masa sebaliknya satu pendedahan kepada satu perkara di awan sana. semestinya tidak mudah sama sekali,dan itu yang ku tulis dalam status Facebook.

mana tahu,pos itu menarik minat dan direspon oleh beberapa sahabat di Facebook namun antara yang utama adalah bapa saudara,Syed Hasan Syukri (Amichan) dan sepupu,Firdaus Hakimi (Aus).seterusnya berlakulah perbualan di dinding komen.ringkasnya,sepupuku yang bekerja sebagai juruteknik simulator kapalterbang di CAE Glenmarie mengajakku untuk mencuba sesuatu yang pastinya berbeza daripada perkara kebanyakan.

Di sini tanah bermula menjadi lebih tinggi,dan langit menjadi semakin dekat
Seharusnya malam itu aku isi dengan bersama sahabat seperjuangan Khairul Naim dan Botak di mamak,mungkin menikmati Coke sejuk,Nescafe panas atau roti canai kosong dengan sambal lemak dan kari bercampur kuah dal dan air suam,namun ternyata perancangan malam ini pastinya berbeza,mungkin berbeza dengan apa yang dilalui di mata,yang tersepak di kaki.malam ini aku akan ke Glenmarie,yang pasti aku tidak pernah ke sana.ah,sentiasa ada kali pertama untuk setiap perkara.

Beberapa jam sebelum bertolak,aku mengajak sahabat baikku,Amaluddin untuk bersama,namun dia pula malas.tidak mengapa,mungkin perjalanan dengan Honda Wave tayar botak depan tidak menimbulkan masalah malam ini.menyelesaikan keutamaan solat lebih awal malam ini.aku mengenakan tshirt kelabu tertera "I LOVE DEBATE" baju kumpulan Debat Uitm Kuantan,seluar panjang semi-jeans hitam pudar,berkasut Vans hitam dan berjaket korporat Boss hitam.

sebelum bertolak,aku tetap dahulu peta di "application" Samsung Galaxyku,Latitude,ditandakan di Glenmarie.penting sebab aku belum pernah ke sana,lebih-lebih lagi ini malam,aku seorang diri pula.tapi ini harus dibiasakan.

Doa ringkas dibaca,motorsikalku bergerak pantas meluru angin malam minggu yang sejuk.Aku bergerak dari simpang empat Padang Jawa melalui Bulatan Seksyen 16,seterusnya ke Seksyen 2,bergerak lagi ke Persiaran Masjid,bulatan besar sebelum ke Masjid Negeri.malam ini malam minggu,jalan-jalan Shah Alam hening dingin kurang meriah dengan lintas lalu kenderaan.sesekali kumpulan remaja bermotorsikal.hadapan Masjid Negeri,seperti yang ku jangka,'roadblock' pihak Polis.aku ditahan ke tepi jalan,itu prosedur biasa;kad pengenalan,cukai jalan dan lesen memandu.ringkas,aku meneruskan perjalanan,sampai di Simpang Empat hadapan Hotel Concorde Seksyen 9.Halatuju seterusnya ke Persiaran Sukan,berhampiran dengan Stadium Shah Alam dan Pusat Akuatik Shah Alam.didorong ke tepi,satu lagi 'roadblock' polis,lengkap bersenjata,mungkin sebahagian daripada Ops Cantas.

Melewati Stadium Shah Alam yang gah,di sini aku mula sesat.namun,malu bertanya pasti sesat jalan.jalan keluar,telefon sepupu.setelah mendapat tunjuk arah yang masih kabur,aku meneruskan perjalanan.apa yang perlu aku cari adalah sebuah Politeknik.hanya menjadikan Bangunan Puncak Niaga dan Menara Syabas sebagai mercu tanda perjalanan.seterusnya,aku sampai ke simpang lampu isyarat.aku bertanya arah,sekadar mempastikan arah tuju pada seorang penunggang motorsikal perempuan yang bermain dengan butang telefon bimbit semasa lampu merah.orangnya baik sudi pula menunjuk jalan,terimas kasih saudari.berhenti di Politeknik,buntu kembali menerjah.pastas ku bertanya saudara di pos pengawal Politeknik,namun dua sahabat yang entah datang dari mana membantu.

ringkasnya,berjaya menemui jalan ke tempat yang dituju. Bangunan-bangunan yang dilewati sepanjang perjalanan mula sesuai dengan gambaran oleh sepupu; Audi, Woksvagen, Honda,Proton Edar. Lamborghini Glenmarie di Jalan Juruhebah,tempat dituju sebenarnya di sebelahnya,CAE.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...