Prekuel: Tinggi Langit
Microsoft Flight Simulator, cuma satu program biasa.bukan satu permainan untuk menghabiskan masa sebaliknya satu pendedahan kepada satu perkara di awan sana. semestinya tidak mudah sama sekali,dan itu yang ku tulis dalam status Facebook.
mana tahu,pos itu menarik minat dan direspon oleh beberapa sahabat di Facebook namun antara yang utama adalah bapa saudara,Syed Hasan Syukri (Amichan) dan sepupu,Firdaus Hakimi (Aus).seterusnya berlakulah perbualan di dinding komen.ringkasnya,sepupuku yang bekerja sebagai juruteknik simulator kapalterbang di CAE Glenmarie mengajakku untuk mencuba sesuatu yang pastinya berbeza daripada perkara kebanyakan.
Di sini tanah bermula menjadi lebih tinggi,dan langit menjadi semakin dekat
Seharusnya malam itu aku isi dengan bersama sahabat seperjuangan Khairul Naim dan Botak di mamak,mungkin menikmati Coke sejuk,Nescafe panas atau roti canai kosong dengan sambal lemak dan kari bercampur kuah dal dan air suam,namun ternyata perancangan malam ini pastinya berbeza,mungkin berbeza dengan apa yang dilalui di mata,yang tersepak di kaki.malam ini aku akan ke Glenmarie,yang pasti aku tidak pernah ke sana.ah,sentiasa ada kali pertama untuk setiap perkara.
Beberapa jam sebelum bertolak,aku mengajak sahabat baikku,Amaluddin untuk bersama,namun dia pula malas.tidak mengapa,mungkin perjalanan dengan Honda Wave tayar botak depan tidak menimbulkan masalah malam ini.menyelesaikan keutamaan solat lebih awal malam ini.aku mengenakan tshirt kelabu tertera "I LOVE DEBATE" baju kumpulan Debat Uitm Kuantan,seluar panjang semi-jeans hitam pudar,berkasut Vans hitam dan berjaket korporat Boss hitam.
sebelum bertolak,aku tetap dahulu peta di "application" Samsung Galaxyku,Latitude,ditandakan di Glenmarie.penting sebab aku belum pernah ke sana,lebih-lebih lagi ini malam,aku seorang diri pula.tapi ini harus dibiasakan.
Doa ringkas dibaca,motorsikalku bergerak pantas meluru angin malam minggu yang sejuk.Aku bergerak dari simpang empat Padang Jawa melalui Bulatan Seksyen 16,seterusnya ke Seksyen 2,bergerak lagi ke Persiaran Masjid,bulatan besar sebelum ke Masjid Negeri.malam ini malam minggu,jalan-jalan Shah Alam hening dingin kurang meriah dengan lintas lalu kenderaan.sesekali kumpulan remaja bermotorsikal.hadapan Masjid Negeri,seperti yang ku jangka,'roadblock' pihak Polis.aku ditahan ke tepi jalan,itu prosedur biasa;kad pengenalan,cukai jalan dan lesen memandu.ringkas,aku meneruskan perjalanan,sampai di Simpang Empat hadapan Hotel Concorde Seksyen 9.Halatuju seterusnya ke Persiaran Sukan,berhampiran dengan Stadium Shah Alam dan Pusat Akuatik Shah Alam.didorong ke tepi,satu lagi 'roadblock' polis,lengkap bersenjata,mungkin sebahagian daripada Ops Cantas.
Melewati Stadium Shah Alam yang gah,di sini aku mula sesat.namun,malu bertanya pasti sesat jalan.jalan keluar,telefon sepupu.setelah mendapat tunjuk arah yang masih kabur,aku meneruskan perjalanan.apa yang perlu aku cari adalah sebuah Politeknik.hanya menjadikan Bangunan Puncak Niaga dan Menara Syabas sebagai mercu tanda perjalanan.seterusnya,aku sampai ke simpang lampu isyarat.aku bertanya arah,sekadar mempastikan arah tuju pada seorang penunggang motorsikal perempuan yang bermain dengan butang telefon bimbit semasa lampu merah.orangnya baik sudi pula menunjuk jalan,terimas kasih saudari.berhenti di Politeknik,buntu kembali menerjah.pastas ku bertanya saudara di pos pengawal Politeknik,namun dua sahabat yang entah datang dari mana membantu.
ringkasnya,berjaya menemui jalan ke tempat yang dituju. Bangunan-bangunan yang dilewati sepanjang perjalanan mula sesuai dengan gambaran oleh sepupu; Audi, Woksvagen, Honda,Proton Edar. Lamborghini Glenmarie di Jalan Juruhebah,tempat dituju sebenarnya di sebelahnya,CAE.
.The.Storyteller.
old stool,warm creamy Belgian Waffles and...a story
Thursday, February 4, 2021
Wednesday, September 2, 2020
Tuesday, January 7, 2014
LISTEN,LISTEN,LISTEN: Adakah Anda Dengar?
Penulisan penulis sebelum ini berkisar tentang meraikan perbezaan.Bagaimana kita melihat konsep asas kenapa pandangan kita berbeza,dan bagaimana perbezaan itu harus diterima melalui contoh cerita ringkas 10 orang buta.kali ini penulis akan cuba membawakan satu lagi topik penting yang menjadi asas kepada menjayakan konsep meraikan perbezaan melalui prinsip keterbukaan dan 3D.apa itu 3D?ikutilah kata hati,turutilah naluri di mana mereka berkata 'kami ingin tahu lagi'.
Satu masa yang tidak berapa lama dulu,telah berlaku satu peristiwa yang penting,peristiwa yang membawa kesan mendalam kepada mereka-mereka yang bernama Mahasiswa. Peristiwa yang penulis maksudkan di sini adalah kisah seorang Mahasiswi India bernama Bawani,seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Tatkala menghadiri satu sesi dialog,beliau telah bangun dan berdiri di hadapan mikrofon,menyuarakan isi hati,kritikan dan pandangan beliau,namun suaranya telah disekat dengan bebelan merapu daripada seorang yang 'mempunyai autoriti' dalam program tersebut.

kisah ini tidak asing bagi kita,penulis percaya.kisah ini terkenal dengan jolokan 'LISTEN,LISTEN,LISTEN' atau 'Haiwan pun ada masalah'.(kahkahkah).enggan penulis menceritakan lebih lanjut,kalian pembaca lebih arif akan kisah ini daripada penulis.harus diingat bahawa penulis tiada sebarang niat provokasi dalam mengungkitkan kembali daripada kisah ini namun cukuplah sekadar mencuit minda pembaca,supaya kita sama-sama tidak lupa akan kisah lama,yang penting.
pokoknya penulis membawa kisah ini untuk mengutarakan satu tajuk dalam penulisan kali ini bahawa konsep mendengar,adalah soal hati.
komunikasi boleh berlaku dalam beberapa cara dalam satu-satu dialog,umunya melalui oral ataupun lisan,ataupun bahasa tubuh melalui mimik muka,pergerakan anggota tubuh selain 'paralanguage' sebagai contoh 'ha'ah' untuk mengatakan 'benar'.satu perkara umum yang kita semua ketahui dalam dialog,perbualan,baik yang rasmi mahupun tidak rasmi,melibatkan dua proses asas,iaitu bercakap dan mendengar.sebelah pihak memberi,sebelah pihak yang lain menerima.dalam dialog juga,ada dua proses tambahan selain yang asas tadi,iaitu menyokong dan membangkang. dan untuk menyatakan sokongan dan bangkangan itu,perlukan sedikit seni.
maka apabila kita berkomunikasi,secara asasnya kita akan mempraktikkan perkara-perkara asas tadi yakni mendengar,bercakap,menyokong dan membangkang,ringkasnya memberi dan menerima.
adakah sentiasa bercakap dan memberi menunjukkan kita sentiasa betul,adakah menerima dan sekadar mendengar adalah menerima segala perkara yang 'mungkin' betul.penulis suka untuk mengajak diri sendiri dan sidang pembaca satu renungan tentang satu sebab mungkin Tuhan kurniakan dua telinga dan satu mulut.apa hikmahnya?
mungkin Tuhan mahu kita lebih mendengar,sebelum kita lebih bercakap?mungkin.
melalui pemerhatian dan refleksi diri penulis,berdasarkan pengalaman sehari-harian,kita sebenarnya kurang mendengar dan banyak bercakap.kita sentiasa fikir kita betul,orang lain salah,kita enggan dengar,kita enggan dalami apa yang orang lain ingin katakan.2 perkara,kita sentiasa mahu dengar sokongan orang terhadap kita namun yang kedua kita enggan dengar bangkangan dan bantahan orang lain terhadap kita.mana perginya konsep meraikan perbezaan kita?tiada keterbukaankah kita ini?
oleh itu,sebelum menamatkan tulisan kali ini,penulis cuba kongsikan satu pendekatan kepada pembaca,moga bermanfaat,iaitu 3D.3D adalah merujuk kepada Duduk,Dengar dan Dalami.D yang pertama,Duduk,adalah menunjukkan kesudian dan keterbukaan dan kesediaan hati dan minda kita untuk D yang ke-2.D yang ke kedua adalah Dengar,merujuk kepada kesanggupan kita untuk mendengar melalui telinga dan sanubari kita,meskipun ia mungkin berbeza dengan kita.dan D yang ketiga adalah Dalami,iaitu satu proses kita sudah lapangkan hati kita untuk duduk dan bersedia untuk mendengar,dan seterusnya kita berfikir dengan minda yang waras,hati yang tenang dan rasional,sebelum kita menjawab dan mengatakan buah fikiran kita.
penulis sentiasa percaya,selagi kita mampu amalkan 3D,maka kita akan mampu mencapai tahap meraikan perbezaan,ingat,berbeza itu rahmat,kenapa tidak diraikan.
kalau berbeza itu rahmat,kenapa tidak DUDUK,DENGAR,dan DALAMI?
mungkin kerana LISTEN,LISTEN,LISTEN?mungkin.
fikir.
8 Januari 2013
6:28 am
Shah Alam
*segala perkongsian dan idea adalah pandangan dan buah fikiran peribadi penulis.sila bebaskan diri untuk menulis komen berbentuk pandangan,idea,mahupun kritikan,atas dasar meraikan perbezaan.

Thursday, January 2, 2014
Berbeza Itu Rahmat:Kenapa tidak diraikan?
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana tatkala kita meraikan hari baru di tahun 2014,kita masih dikurniakan kesihatan dan seribu satu kenikmatan dan kesenangan.semoga dengan nikmat yang kita dapat,menjadikan kita makin berusaha untuk taqarrub dengan Allah melalui ibadah dan kebajikan sesama makhluk dan hamba Allah yang lain,insha Allah.
setelah sekian lama meninggalkan blog,hari ini terasa terpanggil untuk berkongsi satu buah fikiran yang penulis kira perkara ini perkara basi,ramai yang sudah 'mangli' kata orang-orang Kedah.meskipun begitu,penulis masih mahu kerana ada satu kerisauan dalam benak hati dan kepala ini tentang perkara ini yakni tentang meraikan perbezaan.
Berbeza secara mudah ditafsir sebagai berlainan atau tidak sama.kalau kita terjemahkan teks 'berbeza' dalam konteks yang ingin penulis bicarakan di sini adalah berbeza daripada sudut pendapat dan ideologi.Dalam masyarakat kita ada kepelbagaian kerana kita ada masyarakat majmuk,yang datang daripada pelbagai latar belakang,status agama seperti Islam,Krisitan,Buddha,Sikh,Hindu,suku kaum dan bahasa pertuturan dan dialek yang berbeza.Tapi kagumilah rakyat Malaysia dari negeri-negeri di Semenanjung sehinggalah ke Borneo Sarawak dan Sabah yang mampu hidup bersama,meskipun berbeza kerana satu kata kunci;meraikan perbezaan.
Bagaimana cara kita menerima perbezaan?Sebelum menjawab,kita harus ingat dalam dunia ini jawapan kepada satu persoalan itu banyak,bergantung kepada perspektif mana soalan itu dilihat.sebagai contoh,kalau kita bincang topik astronomi,kita akan dapat lihat hujah,pandangan dan lontaran idea tentang topik astronomi itu berbeza-beza sekiranya ahli yang membincangkan itu katakan seorang ugamawan,seorang angkasawan,seorang saintis,seorang pemuisi,dan seorang ahli falsafah.berbalik kepada soalan tadi tentang bagaimana cara kita menerima perbezaan iaitu dengan memahami bahawa perspektif kita berbeza.Kenapa berbeza?Kerana mungkin kita datang daripada latar belakang yang berbeza.Mungkin pekerjaan kita berbeza,status sosial kita berbeza,cara fikir kita berbeza.
Teringat penulis tentang satu kisah rakyat yang popular tentang bagaimana 10 orang buta menceritakan perihal seekor gajah.Si buta pertama yang memegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti pokok.Si buta kedua pula yang memegang ekor mengatakan gajah itu seperti seutas tali.Manakala,si buta ketiga mengatakan pula gajah itu seperti dinding tatkala dia memegang perut gajah.Kalau dilihat dalam kisah ini,kita akan melihat berlakunya perbezaan pandangan kerana tempat orang buta itu pegang berbeza.sama seperti tadi,seorang saintis mungkin melihat topik astronomi tadi dalam sudut saintifik,ugamawan mungkin melihat dari sudut ketuhanan,angkasawan mungkin melihat dari sudut ketuhanan dan saintifik.
selain itu,suka untuk penulis syorkan dalam kita mengeluarkan satu pandangan biarlah dilapik kemas dengan fakta dan penjelasan yang jelas,ampuh.khasnya apabila kita mengeluarkan komen pada suatu isu,janganlah kita terlalu 'rigid'.pada masa kita memberi pandangan,jangan tutup hati dan minda kita untuk menerima.jangan kita fikir hendak jadi juara saja,kita saja yang betul.apa salahnya kita menerima pandangan orang lain,seterusnya mungkin kita boleh fikirkan akan kebenaran di sebalik pandangan orang lain,pasti berguna untuk kita jua.kalau kita mampu menerima pandangan orang lain,pasti tidak jadi seperti orang buta dan gajah.kenapa tidak kita menyatukan semua pandangan kita,untuk cipta satu resolusi?
penulis melihat,khususnya dalam media sosial seperti di Facebook,banyak perdebatan antara 'keyboard warriors' dalam group,pages,atau sesama akaun pada banyak isu seperti isu ekonomi,politik dan sosial.ingatlah,media sosial sepatutnya boleh jadi satu bilik darjah untuk kita berfikir bersama,selagi kita boleh ketepikan 'rigidness' dalam tulisan pandangan kita,dengan bersedia untuk menerima pada masa kita memberi.
ringkasnya,dalam membincangkan kata kunci 'meraikan perbezaan',3 perkara kita harus ingat.pertama,pandangan kita adalah bergantung kepada platform tempat kita berdiri dan melihat sesuatu sudut.ia turut melibatkan pegangan dan kepercayaan kita.kedua,dalam kita memberi,rendahkan diri untuk menerima.ketiga,jadikan perbezaan itu satu keuntungan kepada hati dan minda.hati kita biar jadi hati yang lapang,minda kita biar tajam dengan berfikir dan jasad kita aktif dengan bakti dan sumbang.
ingat,berbeza itu rahmat,kenapa tidak diraikan?
Wallahua'alam.
2 Januari 2014
9:33pm
Shah Alam
adalah dialu-alukan atas dasar meraikan perbezaan,sebarang komen,kritikan dan cadangan,sila kemukan di ruang komen.terima kasih.

Wednesday, August 28, 2013
Catatan SESTER:Hari Kesembilan
seterusnya...
27 Ogos 2013,Selasa
malam ini terasa benar letihnya.padah tidur selepas Asar,meski Ummi selalu menegur dan perkara yang sama masih berulang.pagi ini bangun lewat,bersiap pun lewat,namun masih sempat bersarapan dengan bijirin penuh dan susu lemak.Terima kasih Abah yang beli.usai mohon restu dengan Ummi,barulah melangkah keluar.
pagi yang sejuk,redup dan mendung.khuatir hujan turun tanpa dipinta.spedometer menongkah dari nombor ke nombor,sedikit laju pagi ini.namun masih sempat menikmati pemandangan sungai Terengganu dari atas Jambatan Sultan Mahmud.nun jauh kelihatan lampu di Wisma Darul Iman di tengah Pusat Bandar masih belum dipadam.rintik langit mula terasa satu,satu.
Alhamdulillah,selama berada di SESTER,hujan belum menggugat lagi perjalanan pergi atau balik,setakat ini.sempat sampai,hampir-hampir seperti biasa.Hari ini hari Selasa,para pelajar memakai uniform hijau,pakaian rasmi untuk hari Kokurikulum setiap minggu.diselaraskan semua pelajar dan guru untuk satu unit beruniform sahaja,iaitu Kadet Remaja Sekolah.
antara perkara pertama yang harus difikir di awal pagi ini adalah peperiksaan tingkatan 4.Jadual yang diberi oleh guru semalam harus diteliti.tugasan mengawasi peperiksaan.nampak mudah,memang mudah,namun tidak mudah seperti yang kita biasa lihat.subjek pagi ini adalah Bahasa Melayu.berada di sesi kedua bermakna akan bertanggungjawab untuk memungut semua kertas soalan dan jawapan di akhir masa nanti.sekadar duduk di meja guru,sesekali mundar-mandir di lorong-lorong antara barisan meja pelajar,mana tahu ada yang ingin bertanyakan sesuatu.bosan.begitulah,sekejap sekejap duduk kembali di kerusi guru,menyambung sedikit kerja di borang pemerhatian,kemudian bangun kembali,mundar-mandir sehingga tamat waktu.sesekali mengantuk datang juga menjenguk di mata,terlayan namun terlawan.tamat waktu,pungut kertas dan selesai.
di waktu petang,tatkala menjengah sekejap ke bilik Cikgu Fauzi,PK HEM,ada tugasan lain.beliau meminta untuk ke bandar,tolong beli tiket bas untuk seorang pelajar.tugasan itu segera diselesaikan tamat saja waktu persekolahan,kemudian barulah menyusur haluan untuk pulang ke rumah di Batu Enam.
tugasan dalam tanggungjawab,sebagai satu bukti kita menjalankan tanggungjawab samada dengan baik atau sebaliknya.harus diingat,setiap melaksanakan tanggungjawab,mestilah berpaksi kerja kerja itu untuk Allah.tidaklah dilaksanakan melainkan atas dasar melaksanakan tanggungjawab itu amanah daripada Allah.pokoknya,pendidikan itu berlaku juga dalam tanggungjawab.secara sedar mahupun tidak sedar kita menerima pendidikan,dan haruslah muhasabah diri itu berlaku secara reflektif dengan harapan hari esok lebih baik daripada hari ini,insha Allah.
Nota:Tarikh sebenar untuk artikel ini adalah pada 27 Ogos namun siap ditulis pada 28 Ogos 2013.
#IV
Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP

Tuesday, August 27, 2013
Catatan SESTER:Hari Kelapan
sambungan
26 Ogos 2013,Isnin
Malam sebelumnya,mata masih susah lelap.dalam tempoh seminggu yang pertama ini,memang terasa kelainan pada sistem biologi tubuh.letih yang terasa.tapi alah bisa tegal biasa.tapi selalunya peribahasa sekadar peribahasa bila berdepan dengan realiti.
Ini minggu kedua,namun pengurusan masa semakin lembab.di hari kedua untuk minggu ini,masih lambat bergerak ke sekolah.tapi tidak bermakna suasana pagi seperti hari-hari lain itu tidak terasa.masih menikmati redup indah sejuknya pagi.masih melihat senario yang sama,namun semua ini tidak pernah membosankan,bahkan menjadi satu penyejuk mata,penyegar minda,penghalau kantuk di pagi hari.
setiap pagi,setiap kali sampai ke sekolah,pelajar-pelajar akan berhimpun,untuk Asma ul Husna dan nyanyian 3 buah lagu,Negaraku,Selamat Sultan (lagu negeri Terengganu) dan lagu sekolah.terkadang apabila sempat,menyertai juga mereka,namun sekadar berdiri tegak di kaki lima berdekatan tempat mereka berkumpul.bikin teringat pada masa-masa lalu,semasa berada di tempat mereka,dalam pakaian sekolah.kali ini itu semua jadi lain.
pemerhatian kelas sudah selesai,yang tinggal hanyalah borang-borang pemerhatian yang perlu diisi,berdasarkan apa yang telah diperhati,perlu dihadam dan diterjemahkan dalam bentuk komen-komen dalam borang tersebut.fokus sekarang hanyalah pada borang pemerhatian dan laporan ROS.banyak yang masih perlu dibuat.
pagi ini membuat lawatan dan berjumpa dengan beberapa individu penting sekolah,antaranya yang sempat ditemui dan ditemubual ialah kaunselor sekolah dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM).banyak yang dikongsi,sedikit sebanyak bakal diceduk untuk diadun dalam laporan kami nanti.
namun satu perkara yang sangat jelas yang menarik untuk dikongsi disini adalah bagaimana komitmen disatukan dengan idealisme dan sifat humanistik mampu memberi impak yang sangat besar kepada sistem pengurusan dan pentadbiran sesebuah institusi.
seterusnya,menyediakan perancangan untuk hari esok kerana tidak sempat dilaksanakan hari ini.senarai guru-guru,panitia dan "corepersons" dibuat dan dibahagikan untuk ditemubual esok hari.semoga dipermudah.selain itu,menerima jadual peperiksaan,perlu bertugas untuk mengawasi peperiksaan tingkatan 4.
dalam kehidupan sehari-harian kita,banyak yang kita boleh belajar,cuma soalnya apakah kita benar-benar meletakkan diri kita dalam 'bilik darjah' kehidupan?pembelajaran berlaku secara spontan namun berterusan,pengajaran dibuat oleh sesiapa saja,baik daripada yang muda mahupun yang lebih tua daripada kita,oleh benda hidup mahupun benda bukan hidup,semuanya datang daripada Allah,sebagai satu bentuk pendidikan atau tarbiyah kepada kita,bahawa kita sentiasa perlukan Allah,kita sentiasa perlu kembali kepada hukum dan peraturan Allah,kita perlu sentiasa ingat tujuan sebenar kita berada di sini.
insha Allah,cerita ini akan diteruskan.
Nota:tarikh sebenar artikel ini adalah pada 26 Ogos 2013,cuma siap ditulis pada 27 Ogos 2013.

Sunday, August 25, 2013
Catatan khas SESTER:Hari Keenam
Bismillahirrahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah saat artikel ini cuba ditulis,meskipun sedikit lewat,meskipun hati ini sedikit keluh kesah,ragu-ragu kerana bakal meninggalkan institusi ini tidak lama lagi,namun kudrat,semangat dan pemikiran ini masih Allah pusatkan kepada mencari ilmu dan pengalaman.dan harus diterima ini sebagai salah satu daripada pendidikan yang Allah ajarkan kepada kita.
24 Ogos 2013,Sabtu
24 Ogos 2013,Sabtu
Hari ini meskipun hari Sabtu,namun sekolah berjalan seperti hari lain,cuma sedikit berbeza.Sekolah hari ini adalah sebagai ganti cuti,selain turut diraikan pada hari ini majlis sambutan Hari Raya bersama keluarga SESTER.ya bersama keluarga SESTER.
pagi ini baju Melayu RM60 yang menjadi pakaian rasmi di hari Raya Aidilfitri 1 Syawal baru-baru ini menjadi pilihan.dipadankan dengan samping berwarna emas yang dipinjamkan Abah,memang kelihatan lebih baik.sekadar sedikit sarapan,kemudiannya mengenakan samping dan turut membawa sedikit aksesori asas yang penting.
perjalanan pagi ini terasa sedikit janggal.maklumlah berpakaian tidak seperti hari-hari biasa ke SESTER yang biasanya dipadankan dengan jaket korporat hitam menutupi kemeja dan tali leher hitam selain perasaan yang sama dirasai tatkala ke sekolah,padahal ini hari cuti hujung minggu.
tiba di sekolah,menggubah sedikit penampilan agar lebih selesa.haruslah kemas,nanti dibandingkan pula dengan pelajar lelaki atau guru lelaki lain.tidak lepak di bilik dokumentasi hari ini.hari ini ke bilik guru lelaki,suasana di dalamnya memang terbuka.guru-guru lelaki tampak segak dengan baju Melayu bersamping dan bersongkok.sempat juga menyantuni tuan Pengetua yang begitu kemas dalam baju Melayu ungu.
pelajar tiada kelas pagi ini,sedikit perubahan kecil yang besar pada tentatif pagi ini.masa yang sangat panjang sementara menunggu majlis jamuan dihabiskan di sekitar sekolah.berkenal dan bertegur sapa dengan para pelajar,khasnya pelajar Tingkatan 5.hari ini baru diberi peluang untuk bersama,kerana mereka sibuk dengan peperiksaan percubaan.rata-rata mereka menghabiskan masa dengan buku dan latihan,namun berjaya juga mencelah minat dan perhatian mereka untuk bersembang ringan lagi mesra.
jamuan diadakan di Dewan Makan Asrama.bersama Cikgu Jefri,disambut dengan barisan pelajar yang menunggu dan sedia menyambut kami di pintu masuk dewan.mereka menghulur tangan dan bersalaman dengan kami.memang meriah,dewan dipenuhi pelajar-pelajar dengan pakaian cantik,makanan terhidang dan suasan meriah dengan dimainkan lagu-lagu raya.duduk semeja dengan Cikgu Jefri dan seorang guru Matematik,bersama beberapa orang pelajar senior tingkatan 5.
majlis dimulakan dengan bacaan doa,seterusnya ucapan ayahanda Tuan Pengetua seterusnya acara makan dan persembahan oleh pelajar dengan gaya penuh santai dan berjaya menggamatkan suasana dewan.sedikit saja makan,ini jamuan raya,maklum benar dengan keadaan selepas ini sekiranya tidak berhati-hati tatkala makan.beberapa cucuk sate ayam,beberapa ketul nasi himpit dengan kuah kacang dan nasi minyak gulai ayam serta air limau sejuk manis.sederhana namun kenyang.
usai makan,dan kelihatan guru-guru serta pimpinan sekolah sudah mula meninggalkan dewan.peluang terbuka ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekat lagi pelajar,berkenal-kenalan.meskipun mereka tidak mengenali diri ini,namun keterbukaan mereka memang mengharukan.
majlis berakhir tengahari,bercadang untuk pulang sepertimana mereka yang lain.namun perancangan bertukar untuk singgah sejenak ke SHAMS yang turut mengadakan sambutan Hari Raya dan Kelas Terbuka hari ini.sahabat-sahabat Team Kita Menang turut berada di sana;Mohamad Kamal,Tengku Hanif,Zulfaiz dan Syafaat.turut kelihatan bersama sahabat sahabat di Tingkatan 6 Nurul Hanis Matin dan Firdaus.terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat Tingkatan 6 yang menerima kehadiran kami.sebelumnya,sempat berkenalan dengan 3 orang sahabat baru di Tingkatan 2.sebelum pulang,bersembang bab fikrah dan kepimpinan dengan KP PSS,berbincang dan berkongsi pra Kempro yang bakal diadakan tidak lama lagi.
berpuas hati,alhamdulillah.ini hari yang sangat menggembirakan.dapat bertemu bersama sahabat-sahabat yang kita bina atas nama persaudaraan Islam atau ukhwah Islamiyah dan bukan wujud ikatan itu atas nama senior junior sahaja,itu mengarut.harapan supaya hubungan baik ini terus menyatukan hati-hati kita dalam membawa ideologi Islam sebagai addin yakni sebagai satu cara hidup yang merupakan pelaburan kepada kejayaan dan kekayaan bukan sahaja di dunia bahkan lebih-lebih lagi di akhirat,insha Allah.
Nota:Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel-artikel Catatan SESTER,cuma edisi khas untuk hari yang ke 6,yang tiada dalam perancangan asal.Tarikh asal kejadian adalah pada 24 Ogos 2013 cuma ditulis pada 26 Ogos 2013.
#IV
Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP
Subscribe to:
Posts (Atom)