Sunday, August 25, 2013

Catatan khas SESTER:Hari Keenam

Bismillahirrahmanirrahim


Syukur Alhamdulillah saat artikel ini cuba ditulis,meskipun sedikit lewat,meskipun hati ini sedikit keluh kesah,ragu-ragu kerana bakal meninggalkan institusi ini tidak lama lagi,namun kudrat,semangat dan pemikiran ini masih Allah pusatkan kepada mencari ilmu dan pengalaman.dan harus diterima ini sebagai salah satu daripada pendidikan yang Allah ajarkan kepada kita.

24 Ogos 2013,Sabtu

Hari ini meskipun hari Sabtu,namun sekolah berjalan seperti hari lain,cuma sedikit berbeza.Sekolah hari ini adalah sebagai ganti cuti,selain turut diraikan pada hari ini majlis sambutan Hari Raya bersama keluarga SESTER.ya bersama keluarga SESTER.

pagi ini baju Melayu RM60 yang menjadi pakaian rasmi di hari Raya Aidilfitri 1 Syawal baru-baru ini menjadi pilihan.dipadankan dengan samping berwarna emas yang dipinjamkan Abah,memang kelihatan lebih baik.sekadar sedikit sarapan,kemudiannya mengenakan samping dan turut membawa sedikit aksesori asas yang penting.

perjalanan pagi ini terasa sedikit janggal.maklumlah berpakaian tidak seperti hari-hari biasa ke SESTER yang biasanya dipadankan dengan jaket korporat hitam menutupi kemeja dan tali leher hitam selain perasaan yang sama dirasai tatkala ke sekolah,padahal ini hari cuti hujung minggu.

tiba di sekolah,menggubah sedikit penampilan agar lebih selesa.haruslah kemas,nanti dibandingkan pula dengan pelajar lelaki atau guru lelaki lain.tidak lepak di bilik dokumentasi hari ini.hari ini ke bilik guru lelaki,suasana di dalamnya memang terbuka.guru-guru lelaki tampak segak dengan baju Melayu bersamping dan bersongkok.sempat juga menyantuni tuan Pengetua yang begitu kemas dalam baju Melayu ungu.

pelajar tiada kelas pagi ini,sedikit perubahan kecil yang besar pada tentatif pagi ini.masa yang sangat panjang sementara menunggu majlis jamuan dihabiskan di sekitar sekolah.berkenal dan bertegur sapa dengan para pelajar,khasnya pelajar Tingkatan 5.hari ini baru diberi peluang untuk bersama,kerana mereka sibuk dengan peperiksaan percubaan.rata-rata mereka menghabiskan masa dengan buku dan latihan,namun berjaya juga mencelah minat dan perhatian mereka untuk bersembang ringan lagi mesra.

jamuan diadakan di Dewan Makan Asrama.bersama Cikgu Jefri,disambut dengan barisan pelajar yang menunggu dan sedia menyambut kami di pintu masuk dewan.mereka menghulur tangan dan bersalaman dengan kami.memang meriah,dewan dipenuhi pelajar-pelajar dengan pakaian cantik,makanan terhidang dan suasan meriah dengan dimainkan lagu-lagu raya.duduk semeja dengan Cikgu Jefri dan seorang guru Matematik,bersama beberapa orang pelajar senior tingkatan 5.

majlis dimulakan dengan bacaan doa,seterusnya ucapan ayahanda Tuan Pengetua seterusnya acara makan dan persembahan oleh pelajar dengan gaya penuh santai dan berjaya menggamatkan suasana dewan.sedikit saja makan,ini jamuan raya,maklum benar dengan keadaan selepas ini sekiranya tidak berhati-hati tatkala makan.beberapa cucuk sate ayam,beberapa ketul nasi himpit dengan kuah kacang dan nasi minyak gulai ayam serta air limau sejuk manis.sederhana namun kenyang.

usai makan,dan kelihatan guru-guru serta pimpinan sekolah sudah mula meninggalkan dewan.peluang terbuka ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekat lagi pelajar,berkenal-kenalan.meskipun mereka tidak mengenali diri ini,namun keterbukaan mereka memang mengharukan.

majlis berakhir tengahari,bercadang untuk pulang sepertimana mereka yang lain.namun perancangan bertukar untuk singgah sejenak ke SHAMS yang turut mengadakan sambutan Hari Raya dan Kelas Terbuka hari ini.sahabat-sahabat Team Kita Menang turut berada di sana;Mohamad Kamal,Tengku Hanif,Zulfaiz dan Syafaat.turut kelihatan bersama sahabat sahabat di Tingkatan 6 Nurul Hanis Matin dan Firdaus.terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat Tingkatan 6 yang menerima kehadiran kami.sebelumnya,sempat berkenalan dengan 3 orang sahabat baru di Tingkatan 2.sebelum pulang,bersembang bab fikrah dan kepimpinan dengan KP PSS,berbincang dan berkongsi pra Kempro yang bakal diadakan tidak lama lagi.

berpuas hati,alhamdulillah.ini hari yang sangat menggembirakan.dapat bertemu bersama sahabat-sahabat yang kita bina atas nama persaudaraan Islam atau ukhwah Islamiyah dan bukan wujud ikatan itu atas nama senior junior sahaja,itu mengarut.harapan supaya hubungan baik ini terus menyatukan hati-hati kita dalam membawa ideologi Islam sebagai addin yakni sebagai satu cara hidup yang merupakan pelaburan kepada kejayaan dan kekayaan bukan sahaja di dunia bahkan lebih-lebih lagi di akhirat,insha Allah.

Nota:Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel-artikel Catatan SESTER,cuma edisi khas untuk hari yang ke 6,yang tiada dalam perancangan asal.Tarikh asal kejadian adalah pada 24 Ogos 2013 cuma ditulis pada 26 Ogos 2013.

#IV

Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...