Tuesday, March 6, 2012

Cerita Cermin:Kudis masyarakat yang bernanah

tengahari ni,entah kenapa,mulut ini idamkan donat manis.Cermin.Ada apa dengan cermin?ada apa dengan objek yang memantulkan imej objek?ilmu sains apa pada cermin?tiada apa yang istimewa melainkan sedikit kebolehan untuk bercerita tentang anda,ya!tentang anda.


Keterbalikan Imej
cermin ingin memulakan cerita tentang keanehan yang sudah sekian lama memeningkan cermin.keterbalikan situasi,keterbalikan realiti.penulis hairan melihat remaja berumur seawal 12 tahun sudah pandai merokok,tidak kira lelaki mahupun perempuan,penulis hairan melihat perkembangan industri lakonan 3gp yang pelakonnya muda,amat muda!yeah!penulis juga hairan melihat bahasa pertuturan anak muda yang semakin biadap,semakin kurang ajar semakin hilang aura adab dan semakin,semakin,semakin...

Imaginasi vs Realiti
sesungguhnya realiti itu berbeda sekali dengan imaginasi,teringat cerita yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal berkenaan Imaginasi tidak sama dengan Realiti.Diceritakan ada seorang pahlawan yang handal,sangat handal.semasa hayatnya dia bertarung bermati-matian dan berjuang untuk menegakkan hak.100 tahun selepas kematian beliau,satu patung memorial telah didirikan untuk mengingati jasa dan perjuangan beliau.Pada suatu hari,sebuah sekolah telah mengadakan satu lawatan ilmiah ke memorial tersebut.guru bercerita tentang kehebatan tokoh pahlawan ini,di depan patung tersebut,kepada anak-anak murid.tiba-tiba,terbang seekor burung,terbang melintasi kepala patung memorial dan melepaskan najis di atas kepala patung.seorang murid melihat kejadian itu lantas berkata "cikgu,apa hebatnya dia ni?sedangkan seekor burung kecil pun boleh berak atas kepala dia",ujar murid itu,ketawa berdekah-dekah.

cuma,apa yang ingin disampaikan dalam cerita ini adalah betapa berbezanya realiti dengan imaginasi.dalam imaginasi,semua benda boleh jadi hebat,boleh jadi kuat.tapi realiti tidak begitu.imaginasi,kita boleh bayangkan betapa baiknya masyarakat kita,kerana kita melihat luaran masyarakat yang baik,cuma soalnya kita melihat indikator yang salah,material yang palsu.realitinya,masyarakat kita sakit,sangat sakit.

sekularisme

Sekularisme merujuk kepada pemisahan aspek kehidupan dengan aspek agama dan kerohanian.oleh sebab ajaran Islam itu merupakan satu cara hidup (the way of life),maka setiap aspek kehidupan,bermula dengan aktiviti tatkala kita celik mata,sehingga kita kembali ke katil menutup mata,semuanya digarispandu oleh Islam.Setiap perbuatan,perkataan,cara berfikir kita sehari-harian semuanya dipandu oleh Islam yang terbenam dalam sanubari kita,akidah iktikad kita,ibadat dan akhlak kita.Tapi dasar sekularisme yang dipraktiskan oleh masyarakat kita,yakni mereka memisahkan aspek kehidupan dengan ajaran agama,baik dari aspek kebudayaan,sosial,ekonomi mahupun politik.

Hedonisme

hedonisme merupakan satu falsafah atau idea yang dipegang yang mementingkan keseronokan merupakan matlamat hidup.Hidup untuk makan,dan bukan makan untuk hidup.tidur,tidur tidur.muzik,muzik,muzik.Masyarakat kita adalah hamba kepada hedonisme,dikenali sebagai hedonist.dalam perspektif Islam,tiada salah berhibur,cuma berhibur,hiburan itu bukan matlamat utama,melainkan sampingan semata-mata.sekadar mengurangkan stress dan tekanan dalam kehidupan,hiburan itu perlu,tapi bukan berlebih-lebihan.

Konklusi Analogi
tidak bercerita cermin melainkan mahu menyedarkan masyarakat betapa sakitnya,betapa busuknya nanah kudis masyarakat.apa tindakan kita?we need a doctor?kita sudah ada ubat,cuma perkara yang belum dibuat adalah makan ubat itu.Rasulullah sudah meninggalkan kita dua khazanah,Al Quran dan Sunnahnya,maka perlu kita kembali kepada ajaran dua khazanah ini dan berpegang teguh dengan ajaran akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.Semoga Allah memelihara kita,di dunia dan di akhirat,insha Allah.

Penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

2 comments:

  1. BismiLLAHi Rahmani Rahim.

    Manusia sekarang, ramai yang meletakkan nafsunya sebagai tuhan. ( nauzubiLLAHi min dzalik )

    segala kehendak nafsu dituruti, suruhan ALLAH, TUHAN seluruh alam, letak tepi. Yang penting, nafsu dulu, akhirat kemudian, atau tak ada dalam hati langsung.

    Realiti dan imiginasi. Setuju dengan kata-kata enta. Dua-dua berbeza.

    Imiginasi itu lagi kuat dan berpengaruh. Tapi hakikatnya, realiti lah yang menentukan betul salah sebuah imaginasi tersebut.

    AlhamduliLLAH.., nampaknya dah ada orang yang sudah faham tentang realiti, tidak seindah imaginasi.

    Contoh, kita digembar-gemburkan.

    "Malaysia sebuah negara ISLAM yang aman , rakyat berbilang bangsa saling bantu-membantu, toleransi dan penuh semangat muhibbah."

    Hakikatnya.., kadar jenayah semakin meningkat, kes buang anak, zina, judi, rogol, mat rempit dan sewaktu dengannya.

    Antara realiti dan imaginasi. Kita sendiri boleh lihat.

    Punca nya apa..? Tak ambil ISLAM sebagai cara hidup.

    The story teller dah cerita kat atas.

    Sekularisme dan Hedonisme jadi pegangan, maka rakyat pun jadi hancur dan musnah, dari segi akhlak dan ketamadunan.

    Salah siapa..?

    Kerajaan..? Tok imam..? Ustaz2..?

    Jangan tunding jari kepada orang lain, tengok peranan kita dulu. ;)

    Nice syed..! Suka cara penulisan enta..!

    Naqiuddin AnsaruLLAH. ~

    ReplyDelete
  2. ini adalah bicara tentang penyakit.analoginya,sekiranya kawasan perumahan kita ada penyakit bawaan vektor,maka akan ada kumpulan pegawai kesihatan datang dan bercerita tentang penyakit itu termasuk punca dan langkah mengatasi.maka hal yang sama di sini bagaimana kita cuba memberi satu pendedahan kepada masyarakat yang dilanda 'virus jahiliyah 2.0',jahil alaf moden yang jauh lebih dashat drpd sebelum kedatangan islam lagi.

    apa yang kita tekankan di pos kali ini adalah apakah penyakit itu,dan bagaimana masyarakat kita,apakah bersedia untuk berdepan dengan ancaman itu,mahupun menerimanya seadanya?itu yang harus dijawab.

    _Syed Pulut Lepa Alyahya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...