Saturday, March 3, 2012
...lagi-lagi tentang AUKU 1971
sebelum ini,penulis sudah dimaklumakan dan difahamkan tentang kebebasan bersuara rakyat itu terhad.penulis juga sudah difahamkan tentang bahana mempertikaikan dasar kerajaan,akta,dan sistem sedia ada,apa yang disebut orang sebagai "menongkah arus","bukan kerja budak-budak" dan sebagainya.
tapi tidak penulis melarik bait-bait ini dengan izin,kerana apa yang penulis sifatkan sebagai "kebenaran" itu tidak perlu kebenaran sesiapa untuk disampaikan,kebenaran itu milik semua orang,berhak untuk diberitahu dan dilaung-laungkan kesucian kebenaran itu kepada semua.
kenapa?atas dasar apa penulis menceritakan kebenaran ini?kerana penulis muntah melihat tatkala penyokong-penykong batil bersuara,sorakan,teriakan tanda penerimaan mereka kedengaran.kenapa mereka menerima dengan baik kebatilan dan menolak gila-gila kebenaran?
sebab itu,penulis cuba menceritakan ini dengan menggunakan secebis tinta keberanian.hahaha,kelakar apabila penulis yang tadi berlagak berani tiba-tiba mencerminkan perasaan takut yang tersembunyi.perlu penulis jelaskan di sini bahawa penulis memang seorang penakut,tapi penakut ini punya keinginan untuk mati dengan berani.
apa lagi yang tak habis-habis dengan AUKU 1971???
apa lagi tentang AUKU?tak habis-habis.YA!memang tak habis lagi.penulis mempersoalkan lagi tentang kekuasaan AUKU.berdekad AUKU sudah memenjarakan mahasiswa dalam kebodohan,kebebalan dan ketakutan untuk menunjukkan pandangan dan melontarkan idea.AUKU sudah semacam kilang yang melahirkan mahasiswa robot,hanya mampu membaca bahan politik tapi tidak mampu memberi pandangan peribadi yang kritikal berkenaan pembaharuan dan kelemahan dasar.haha,sudah diprogramkan.
satu perkara yang penulis ingin isukan dalam penulisan ini adalah tentang penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam pergerakan politik.AUKU telah menafikan hak dan kebebasan mahasiswa dalam politik dengan melarang mahasiswa menyatakan simpati dan sokongan kepada mana-mana parti.ironinya,mahasiswa yang sudah cukup umur dan sudah mampu mengundi dalam pilihanraya sekalipun dilarang menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti.
pada masa yang sama,tidak ada salah pula apabila mahasiswa menyatakan sokongan kepada parti pemerintahan kerajaan.apa nie???semacam menunjukkan AUKU itu diimplementasikan dalam Perlembagaan untuk menguatkan lagi kedudukan kerajaan.penulis tidak bermaksud untuk menunjukkan kebencian penulis kepada kerajaan,penulis bukan penentang kerajaan.penulis bukan anti Perdana Menteri,bahkan sebaliknya.
cuma,penulis membantah atas dasar mahu membuktikan suara kebenaran itu lebih kuat dan mampu memecahkan pendengaran pesuara-pesuara batil,penulis mahu membuktikan bahawa tatkala orang melihat isu kahwin,keluarga,ekonomi,SEKS itu boleh dibincangkan secara ilmiah mahupun secara santai,secara terang mahupun secara tersembunyi,maka penulis mahu menegaskan juga bahawa politik juga boleh dibicarakan sepertimana topik-topik yang tersebut tadi.
tunggu masa sahaja,kawan.
Penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment