Saturday, March 10, 2012

sebiji benih merah di Sahara tandus

penulis menghabiskan masa yang agak lama untuk membuat pemerhatian,kajian,mengutip pandangan dari pelbagai sudut lapangan dan kepakaran individu,selain membuat analisis dan inferens sendiri di celah-celah kesibukan belajar di peringkat pengajian tinggi.Secara umum,aspek kajian penulis adalah berkenaan 'sosial' lebih telus,penulis membuat kajian kasar tentang "pelajar lepasan sekolah ataupun institut agama dalam sosial masyarakat".

sudah pasti,kita akan menerima kritikan dan hentaman daripada pelbagai pihak,baik daripada musuh peribadi,mahupun daripada subjek kajian itu sendiri.Namun,tegas penulis adalah apakah satu keperluan untuk memperoleh sebarang persetujuan khusus daripada mereka untuk melaksanakan pemerhatian ini?bukankah setiap orang bebas memerhati dan berfikir,sepertimana yang semua orang buat?apa salah kita memerhati,berfikir dan membuat satu inferens,dan kemudiannya diterjemah dalam bentuk tulisan?apa salahnya?!

atau tak tahan menerima paku buah keras?

Satu persoalan,isu,kenapa pelajar sekolah agama gagal menjadi ikutan dalam sosial masyarakat bahkan menyumbang kepada masalah pula?kita harap dengan mendidik mereka di sekolah agama,dengan persekitaran yang Islamik,dapat menjadikan mereka golongan remaja yang mampu menjadi contoh,menjadi ikutan dan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.kita juga harap dengan mendidik mereka di institut pengajian agama dapat mengurangkan permasalahan yang timbul dalam kalangan remaja hari ini,namun kita sedar,bahawa terdapat pemerhatian kasar yang mengatakan mereka gagal mencapai objektif yang disebut tadi.mereka gagal menjadi contoh,bahkan mereka turut menyumbang dan menjadi faktor penarik pula kepada remaja lain dalam maksiat dan gejala-gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok,menghisap dadah dan merempit,tidak kurang juga masalah moral seperti bohsia dan seks bebas.

Hairan,tapi itulah kebenaran pahit yang mesti ditelan.Penulis sendiri menjadi saksi dan pernah terlibat dalam beberapa kes ketika masih di alam sekolah.Terkejut kerana kes-kes yang kita boleh klasifikasikan "tidak patut berlaku",tetapi hakikatnya "berlaku".

Oleh itu,kita harap karya penulisan mampu menjadi media penyampai kepada remaja,khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah agama supaya sedar akan tanggungjawab mereka lahir di muka bumi ini untuk apa?dan apa peranan yang perlu dimainkan selaku golongan yang menerima lebih tarbiyah dan didikan agama dan moral.Pada pandangan peribadi penulis,sekiranya kita tidak boleh bentuk remaja Islam yang berkualiti di sekolah atau institut agama,apakah kita mampu untuk melakukannya di sekolah atau pusat yang bukan berteraskan agama??penulis secara peribadi yakin jawapannya 'susah'.

Kita harap remaja,anak muda mampu memimpin diri mereka sendiri dan diri orang lain dengan didikan dan ajaran Islam sesuai dengan method yang diajar dan ditunjukkan oleh junjungan agung Rasulullah yang kita sayangi.Kita mahu pelajar lepasan sekolah atau institut agama mampu merubah persepsi ini,bahawa mereka bukan penyumbang kepada masalah sosial bahkan mereka adalah penyelesai kepada permasalah-permasalah tersebut.

Anak muda adalah pelakar kegemilangan agama dan negara,sekiranya mereka ada kualiti,ada integriti ada reputasi yang baik,yakinlah mereka mampu mencorak perobahan kepada ketamadunan masyarakat kita,insha Allah.

Penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

4 comments:

  1. Sepatutnya masyarakat yng kne mmpernaikan pernnan yng pntng..kene alert ape yng berlaku disekliling...and ape ramaja lakukan..Sama2 beramal..sama2 masuk Jannah^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar,tapi masalahnya adalah masyarakat kita kurang peka dengan permasalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat itu sendiri.tiada lagi konsep "anak engkau,anak aku juga".

      Delete
  2. BismiLLAHi Rahmani Rahim..,

    satu faktor ketara sebab apa jadi macam tu, ialah, pentarbiyyahan kurang berkesan dari sekolah. Bukan nak tunding siapa-siapa, tapi hakikatnya atas pelajar tu sendiri, nak ambil ke tidak tarbiyyah yg disampaikan., kalau ambil, insyaALLAH jalan seterusnya akan mudah, tapi kalau tolak tarbiyyah, tutup hati dari dikiritik atau ditegur, bukan saja xleh jadi ikutan tapi xyoh jadi orang pun, sebab menyebabkan fitnah terhadap ISLAM.

    Kemudian.,yang dah faham ni, kena lah bergerak menyebarkan apa yang dia faham, supaya orang di sekeliling dia jugak boleh faham seperti dia faham. Faham bahawa setiap kata-kata dan perbuatan kita itu akan disoal dihadapan ALLAH kelak.

    Sabda RasuluLLAH s.a.w.
    " Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, hendaklah dia berkata perkara-perkara yang baik atau diam.."

    Sama-sama bergerak..! Semoga berjaya syed..!

    WaALLAHu ta`ala a`lam. ^^

    Naqiuddin AnsaruLLAH ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan suapbalik Syeikh Q al Azhari.pelajar gagal menyerap ilmu atau ilmu gagal diserap ke dalam diri pelajar?pokoknya,pelajar perlu kembali kepada tujuan asal datang ke sekolah,apakah untuk menelaah pelajaran dan menuntut ilmu atau semata-mata tempat bersama rakan-rakan dan berseronok?kita harap pembelajaran ilmu terutama ilmu agama dapat difahami,dihayati,seterusnya diamalkan serta disebarkan.yakinlah dengan pertolongan Allah,insha Allah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...