Tuesday, March 20, 2012

Manis donat merdeka...

kulit cerita
negara kita sudah mengecapi nikmat kemerdekaan lebih daripada setengah abad,54 tahun mengikut ulang tahun sambutan.setiap tahun,satu sambutan bertarikh 31 Ogos akan diraikan dengan perarakan,kempen-kempen yang melibatkan kepimpinan kerajaan dan dihadiri ribuan hingga jutaan rakyat,berlaku di seluruh negara,di mana-mana ceruk.signifikan sambutan ini adalah untuk memperingatkan kepada seluruh warganegara akan detik bersejarah tanah air mendapat kemerdekaan,bebas daripada penjajahan.

Kemerdekaan adalah kebebasan,dalam konteks negara,kemerdekaan negara kita adalah kemerdekaan daripada penjajahan dan kolonisasi oleh golongan kolonialis,ertinya kita bebas mentadbir negara sendiri,mencorak kemajuan dengan acuan dan formula sendiri.

pasu fikiran yang pecah
namun,tatkala kita melihat kebebasan dan kemerdekaan melalui sambutan saban tahun,soalannya;apakah benar,negara yang tercinta ini,betul-betul mencapai status merdeka?apakah sejarah bercakap benar?

kalau kita belajar sejarah,rajin belek kitab zaman,dan sentiasa berfikir akan peristiwa-peristiwa lepas,lalu diformulasikan dan dikaitkan,maka kita akan dapati,negara kita benar2 sudah merdeka,terbukti dengan adanya dokumen,pemasyuran,dan sebagainya yang mampu bersuara menjadi eviden sokongan kepada jawapan buat soalan tadi.tapi itu adalah apa yang mampu di perhati dan diperhalusi melalui pancaindera dan pengamatan kasar,secara zahir,secara fizikal.ibarat kuih yang kelihatan masih elok,namun intinya berkulat di dalam.

di sebalik gelapnya malam...
negara kita mencapai kemajuan dan mengecapi kecemerlangan dan kegemilangan melalui pencapaian.pada hari ini kita mampu melihat bangunan tinggi dan kepesatan aplikasi teknologi,tanda kehebatan sebuah negara membangun yang merdeka.namun,dalam kemegahan bangunan2 tinggi itu,kadar jenayah dan permasalah sosial masyarakat seiring naik tingginya dengan bangunan-bangunan pencakar langit.

kita melihat generasi kita terutamanya golongan muda;berkelakuan rosak akhlak,tidak bermoral,tiada disiplin dan etika,dan bagaimana sumbangan mereka kepada hura-hara dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.mereka terlibat dengan pergaduhan ala gangster seawal di bangku sekolah,mereka menjadi pelakon filem 3gp,mereka adalah golongan yang memanfaatkan tong sampah sebagai lubang membuang bayi haram,jalan raya dijadikan medan menguji kemampuan minyak RON95 Petronas dan lain-lain lagi permasalah yang gagal disebut di sini.

membangunnya fizikal infrastruktur negara,pada masa yang sama,membangun jua penyakit-penyakit maut negara.hanya tunggu menjadi parah,sekadar menunggu robohnya kota.benar,sejarah mengatakan negara kita bebas,rakyat kita rakyat merdeka,namun pemikiran,ideologi,pegangan dan falsafah mereka,belum bebas,belum merdeka lagi daripada penjajahan.

kalau tatkala negara kita dijajah,kita membela dan berjuang bermati-matian demi satu kebebasan,maka,tatkala minda,fikiran kita diserang dan dijajah,kita juga mesti bangun dan melawan,menentang doktrinasi yang hebat

ayuh pemuda!bangun anak bangsa!kita selamatkan agama!kita selamatkan bangsa!kita cetus transformasi,reformasi,revolusi,perobahan pada akhlak,sikap,mentaliti dan integriti kita demi merdekakan rakyat dan negara tercinta,daripada ancaman kolonialis taghut celaka.

Semoga Allah memelihara kemerdekaan,kemakmuran,keamanan dan kemajuan negara yang tercinta ini,insha Allah.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...