Wednesday, April 11, 2012

Kulapuk Hedonisme pada Roti Masyarakat

di lihat pada hari ini,dunia hiburan semakin maju dari hari ke hari.Industri hiburan termasuk bidang nyanyian,lakonan,drama dan tarian dan sebagainya yang berkaitan.namun apakah peranan sebenar hiburan dalam pembentukan sesebuah tamadun dan peradaban masyarakat?

hiburan adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia.sifatnya menenangkan,merehatkan minda dan fizikal daripada kekusutan pekerjaan harian.namun harus difahami dengan baik bahawasanya definisi hiburan itu tidak terhad kepada kata dasarnya sahaja iaitu 'hibur' namun secara mendalam hiburan lebih kepada satu laluan mahupun jalan yang dilalui untuk mencari sedikit ketenangan.kalau secara analogi,air yang beralun,tidak terlihat oleh pancaindera akan isi dalamnya,bila ia tenang,jelas sekilas ikan di dasar.tatkala kita dalam kekusutan,dilanda stress dan ketegangan,hiburan akan menenangkan ombak ribut dalam jiwa kita,menjadi tenang,segala masalah akan nampak penyelesaiannya.

secara umum,hiburan itu terbahagi kepada dua,yang pertama adalah hiburan sampingan,yang kedua hiburan mutlak atau hakiki.bezanya adalah hiburan sampingan hanya bersifat sementara dan perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit mahupun sederhana sebagai contoh lagu,tarian,sukan dan permainan manakala hiburan mutlak adalah sebenar-benar cara untuk mencari ketenangan kerana ianya lebih berkesan dan punya impak yang jitu terhadap pembentukan jiwa manusia yang tenang sebagai contoh solat,zikir dan alunan ayat-ayat suci al Quran.(*rujuk artikel majalah Solusi isu 39 nukilan Pahrol Mohd Juoi).Dalam erti kata yang lebih muda,hiburan adalah penenang hati dan perehat buat diri yang letih dan bosan,menjadi daya penolak untuk terus melakukan kerja-kerja dan ibadah.

hedonisme adalah satu kecenderungan manusia terhadap hiburan dan permainan,dimana mereka percaya hiburan adalah gaya hidup yang terbaik,sepertimana hidup untuk makan,dan bukan makan untuk hidup,maka inilah golongan yang dipanggil hedonis,percaya hiburan adalah puncak kegembiraan dan matlamat dalam hidup adalah untuk bergembira dan bermain.tiada masalah,berhiburlah,bermainlah,menyanyi lah,tak perlu solat,tak perlu beribadah,tak perlu berdakwah.berfikirlah dengan merdeka dan buatlah apa yang kamu suka.

berbalik kepada situasi masyarakat kita yang nampaknya terlalu hidup dengan konsert dan program-program hiburan.penulis secara peribadi menyelar program-program yang bersifat hedonistik,sebagai contoh Idola Kecil yang mencari pelapis-pelapis muda membawa propaganda hedonisme yang membimbangkan kita.sekiranya di usia awal sudah diajar dengan fahaman hedonisme,maka bimbang golongan pelapis masyarakat kita pada masa akan datanf sifar fikrah Islam,yakni tiada fikiran selaku orang beragama Islam.maka tiada hairanlah sekiranya kita melihat pada hari ini kelakuan fe'el perangai anak muda kita 'pupus budi',tiada lagi budaya,tiada lagi agama,tiada lagi tradisi,tiada lagi pekerti.

justeru,masyarakat kita terutamanya golongan muda perlu faham dan cerna baik-baik perkara ini,bahawa konsep berhibur itu perlu namun mestilah disederhanakan dan jiwa muda itu haruslah diisi dan dimanfaatkan dengan mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam lagi akan ajaran dan konsep agama,kerana agama adalah satu-satunya medium yang berupaya membentuk kehidupan yang baik,di dunia mahupun akhirat.alangkah baik sekiranya konsep berhibur itu dapat dihayati,maka insha Allah tidak terlihat oleh kita dadah,alkohol dan hiburan berat menjadi badi dalam masyarakat kita.semoga masyarakat kita berjaya mencapai transformasi diri,menjadi lebih baik,untuk kesejahteraan dan kemegahan agama,bangsa dan tanah air,insha Allah.

penulis ialah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...