Saturday, October 13, 2012

Steps of DATC 2016

Bismillahirahmanirahim assalamualaikum dan salam sejahtera.alhamdulillah,penulis mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana setakat ini,lebih kurang 1 bulan setengah berada di Shah Alam,segala perjalanan menjadi makin baik.apa yang dulunya dilihat sukar kini sudah mampu ditangani dan dihadapi dengan hati yang tenang.

Alhamdulillah kempen penulis Road To Shah Alam 2012 menunjukkan kejayaan yang boleh penulis banggakan,sekurang-kurangnya pada diri sendiri.melihat kepada tarikh hari ini,sebahagian matlamat yang kita sasarkan pada tahun 2012 setakat bulan September,banyak yang sudah tercapai.Insha Allah bahagian yang tidak tercapai tahun ini akan dibawa ke awal tahun depan 2013.

ku rasakan hangat angin hari esok menyapa muka ku di hari ini.sesekali memberi ingatan kepadaku akan hadirnya cabaran hari esok bagai tentera berkuda.ku tersenyum melayan amarah angin esok,apakah aku bersedia? Tangga-Tangga DATC insha Allah bakal menjadi sasaran terbesar penulis untuk menamatkan takah perjuangan di Shah Alam,sebelum insha Allah akan penulis kembali ke Terengganu.

Semoga terus diberi kekuatan dan panduan,taufik dan hidayah daripada Allah,moga sasaran ini akan dapat digapai demi masa depan yang lebih baik,menanti di hadapan.insha Allah.

 penulis ialah Syed Biskut Alyahya,Penulis Bebas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...