Monday, September 10, 2012

Jalan-jalan Shah Alam-Ending

urusan-urusan masih ada belum selesai di fakulti namun berjaya mencelah sedikit masa untuk menulis tinta-tinta yang masih bersisa,menceritakan sedikit sebanyak perjalanan lembaran baru hidup di Shah Alam.sesekala kerap fikiran ini menerawang ke belakang teringat dan terharu impian untuk berada di sini akhirnya tercapai,alhamdulillah.sentiasa dan seringkali penulis mengingatkan diri sendiri untuk tidak sesekali menghampakan harapan dan impian mereka yang tersayang,manfaatkan segala segenap peluang dan ruang di bumi bertuah ini untuk mengecapi seribu satu kejayaan,insha Allah.

apa yang kita lihat setiap hari setiap kali kita bangun tidur adalah beban,cabaran dan halangan yang menanti di depan.timbul persoalan pada diri apakah kita mampu untuk menangani semua itu,apakah masih ada kudrat dan tenaga untuk berhadapan semua itu?pejam mata,fokus,buka mata dan teruskan perjalanan.akan kita sama-sama hadapi semua itu,walau susah macam mana sekalipun,akan kita hadapi jua,itu tekad diri,moga diberi kekuatan dan dinaikkan semangat,insha Allah.

kita lihat masih banyak perkara dan misi yang belum tercapai dalam Road To Shah Alam,oleh itu tindakan dan modus operandi akan kita susun,semoga tercapai.dalam perancangan akan dilancarkan pula satu lagi rancangan mega dalam hidup ini,akan diwar-warkan kemudian,sekiranya perlu.

daripada penulis,ingatlah dalam kita mencapai ambisi,perkara pertama yang harus kita pastikan adalah matlamat itu,jelaskan kepada diri sendiri.biar setiap hari kita bangun tidur,bergerak dan bekerja serta sampai masa untuk tidur semula,kita masih dapat melihat matlamat itu,tulis dan terangkan seterang terangnya dalam minda dan sanubari kita.

Keep Calm and Carry On

penulis ialah Syed Biskut Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...