Sunday, July 29, 2012

Epilogue of Road To Shah Alam

sebahagian daripada dasar doktrinisasi persona Road To Shah Alam / Road to Shah Alam:The Sequel,penulis terasa terpanggil untuk menulis satu artikel berkenaan dengan projek mega jangka panjang,dalam tempoh 4 tahun,4 ke 5 tahun sebenarnya yang telah dimasukkan dan diluluskan dalam draf rancangan penulis Road to Shah Alam.

sebahagian daripada intipati yang tersurat dalam projek itu termasuklah yang utama berfokus kepada pelajaran yang kini dan insha Allah akan bermula seiring dengan kemasukan penulis ke Uitm September ini.harapan kita adalah supaya adanya penghayatan dan diambil pengajaran dan pelajaran dalam sepanjang perjalanan Road To Shah Alam ini.2012,adalah satu tahun yang kita letak harapan harapan baru yang berpotensi untuk dikembangkan lagi di masa akan datang atau semudah ceritanya penulis mengatakan fasa pengenalan di mana kita menabur benih-benih yang bisa bercambah dan subur menjadi suatu yang manis untuk dikecap.

selain itu,mungkin pengutaraan pandangan ini bisa menimbulkan spekulasi dan kontroversi yang provokatif namun penulis juga menyelitkan satu perancangan untuk mengakhiri zaman keseorangan secara terhormat,sepertimana yang dianjurkan agama,dalam tempoh 4 tahun akan datang,insha Allah.calonnya sudah ada,calonnya sudah bersetuju namun mungkin masa akan cemburu,kerana masih terlalu awal untuk memulakan perjalanan,malam masih gelap kelam,subuh masih di ufuk.namun,akan kunjung tiba jua akhirnya,tamatlah satu penantian,insha Allah.semestinya,malam masih terlalu muda,kabus di lembah pun belum hilang.

tersurat tersirat
4 tahun adalah satu jangka masa yang agak lama.meskipun ada yang berpandangan 4 tahun adalah singkat dan angin lalu,namun ini pandangan peribadi penulis.kita merancang sesuatu yang besar dalam hidup dalam tempoh 4 tahun dari sekarang yakni 2012-2015.maknanya tatkala sampai detik 2015 ada sesuatu yang dirancang dapat dicapai,insha Allah.

dalam menjayakan ambisi ini,penulis cuba untuk mengadakan dialog yang selalunya bisa membantu penulis dalam berhadapan situasi begini.dialog dan perbincangan yang tampak santai namun tertutup,padat terisi dengan idea,ilham dan rangka rancangan yang tunggu masa dan modal untuk dilaksanakan.

semoga Allah mempermudahkan dan menjayakan perancangan ini.sesungguhnya Allah Yang Maha Merancang,perancangannya lebih hebat,tunduk dan bertawakallah kepada kekuasaan mutlak Allah.

insha Allah

Penulis ialah Syed Biskut Alyahya,Penulis Bebas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...