Wednesday, January 2, 2013

2013:Antara Harapan,Cinta dan Cabaran

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,penulis mengucapkan syukur kepada Allah yang telah memberi secebis ruang kepada penulis untuk menulis di sini lagi,berkongsi sedikit yang telah dilalui.Banyak perkara gembira,manis,pahit telah dilalui dan sudah semestinya peristiwa-peristiwa itu tidak sesekali melemahkan semangat juang hidup ini bahkan menguatkan lagi,memberi lebih pengertian dan sebab untuk hidup ini diteruskan.

2012,
satu lagi tahun yang membawa seribu satu makna yang penting kepada diri penulis.Alhamdulillah,2 haribulan Januari 2013,penulis telah tutup secara rasmi projek Road To Shah Alam 2012,seterusnya pada hari yang sama penulis telah memulakan pelan rangka untuk 2013 pula,yang butiran akan diceritakan dalam masa yang lain pula,insha Allah.

Penulis suka untuk mengajak kepada semua saudara dan rakan-rakan untuk mengambil sedikit masa bermuhasabah dan merenung diri di cermin masa,tahun 2012 telah meninggalkan kita,2013 pula mengganti.Seiring dengan itu,usia pula meningkat.Apakah seiring dengan usia yang meningkat itu,kematangan berfikir dan bertindak juga hadir bersama?Satu tahun lagi telah pergi meninggalkan kita,bermakna 365 hari lagi hidup kita dilaburkan,tapi untuk perjuangan apakah?atau tiada perjuangan langsung?apa makna perjuangan 2012?apakah ada?kalau ada dan bermanafaat,semoga diteruskan,namun kalau tiada?rugilah 2012,tiada makna,tiada sisa,tiada nyawa hanya nafas berbau hambar.

2013
tahun baru yang telah berlabuh di hari-hari ini dan hari-hari esok kita,yang akan mengiring terbit dan turunnya matahari selepas tika ini,semoga dan semoga hendaknya,membawa harapan dan nyawa baru.

Penulis berharap dalam tahun baru ini,kita bersama,akan punya semangat dan erti yang 'updated' untuk hidup.Semoga kehidupan kita,selepas hari ini,akan lebih bermakna.

Nasihat daripada penulis,marilah bersama kita menjadikan diri kita ini berguna dan bermanfaat kepada orang lain,agama,bangsa dan negara.

Memetik kata-kata daripada saudaraku,Khairul Naim Rafidi,beliau menyeru marilah kita,terutama anak muda melakukan sesuatu kepada negara kita,insha Allah.

"Tiadalah aku,melainkan aku ingin melihat generasi selepasku ini,lebih baik daripada generasiku"
-Syed Biskut Alyahya

Penulis ialah Syed Biskut Alyahya,Penulis Bebas


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...