Sunday, August 25, 2013

Catatan SESTER:Hari Ketujuh

hari yang lain,minggu ke dua dan juga yang terakhir...

25 Ogos 2013,Ahad

pagi Ahad yang sangat mengantuk,penggera berbunyi,tutup dan tidur semula.rasukan kantuk ini luar biasa.namun digagah jua demi minat yang menjiwa untuk ke sekolah.perlahan-lahan,malas dan masih mengantuk untuk segera bersiap meskipun selesai sudah berjimba dengan elemen air.pakaian yang digosok panas semalam dicapai,dipakai.mungkin ada perhimpunan rasmi pagi ini,mungkin.

sarapan pagi dengan Koko Krunch,bagai sama frasa ini dengan iklan komersial di televisyen.usai makan,mohon restu Ummi Abah sebelum bergerak ke SESTER,di hari baru,minggu baru yang juga merupakan minggu terakhir untuk Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bagi program Fakulti Pendidikan Uitm Shah Alam.

gerak kenderaan ini perlahan saja,santai dan bersahaja,menyelusuri Jambatan Sultan Mahmud,tidak bosan bercerita tentangnya.Pagi yang redup,sejuk dan terasa satu dua air mata langit menitik ke tubuh.bimbang kuyup jika tangis langit lebat,namun Alhamdulillah,sempat saja sampai,seperti biasa.kelihatan pelajar sudah mula berkumpul,rutin mereka,apakah lebih baik dan lebih mencabar daripada rutin diri ini?pasti!kita semua pernah berada di kerusi meja pelajar dan kita semua tahu perasaan itu,namun hari-hari demi berlalu bagaikan angin dan kini diri batang tubuh ini tidak lagi berdiri sebagai seorang pelajar namun sebagai seorang bakal guru pula.kadang-kadang kelakar dek ajaibnya percaturan Allah terhadap perjalanan hidup ini.

sampai di bilik dokumentasi,terlentok di meja,mengantuk itu bagai migrain,datang lagi tatkala sunyi.suasana sejuk dalam bilik kecil ini bagaikan bayu yang melayukuyukan mata.laporan dan borang pemerhatian tersadai di atas meja,pensil di tangan kanan dan minda jauh di awangan.terlelap,sekejap namun memang mujarab.

pagi ini sebelum waktu rehat,ada satu kelas satu masa.kelas Literature mengupas puisi,kelas yang sangat menarik.penuh pengisian dan mesej meskipun cuma berlangsung sekitar 30 minit.sesudah kelas,sedikit perbincangan bersama Mentor,berkongsi pengalaman dalam mengajar dan isu pendidikan,ini sebahagian daripada tugasan juga.kemudian,dijemput makan laksa di bilik guru,inilah ruang untuk melihat satu ruang lain yang penting di alma mater ini.sudahnya kembali menghadap laporan.

pulang ke rumah lebih awal hari ini.seperti biasa,singgah di Masjid Raja untuk solat Zohor.suka untuk solat di sini,selesa,lapang dan tidak kusut dengan ramai orang,cuma teriak kanak-kanak yang biasanya mengaji di pusat bersebelahan masjid memang memeriahkan keadaan luar masjid,dan itu memang mengukir senyuman.

singgah di Giant,sekadar pusing-pusing dan bertemu seorang dua yang dikenali.sekejap saja singgah,terus meneruskan perjalanan ke rumah.

rehat dan riadah di waktu petang.cuma di waktu malam,cadangan untuk meneruskan laporan terbantut,malas menjalar.dapat pula panggilan daripada saudara Kamal,sekitar pukul 10,bergerak ke Batu 6 untuk minum bersama.memang gembira dapat bersembang bersama,mengenang kembali aktiviti sebegini tatkala berada di asrama SHAMS satu masa dahulu.turut bersama Syaqiq Bilkhi,dan Tengku Hanif.

itulah sedikit coretan ringkas di hari yang ke 7 di SESTER.pilu rindu dan ragu-ragu sesekali bertandang apabila memikirkan diri ini bakal meninggalkan institusi ini.namun tugasan dan tanggungjawab masih perlu dipikul.harapan cuma apa yang dipelajar semalam,hari ini dan insha Allah esok di hari-hari seterusnya yang lain dapat memberi penambahbaikan pada diri ini,untuk menjadi salah seorang yang berada di barisan hadapan perjuangan dalam menegakkan agama,bangsa dan tanah air,insha Allah.

Nota:tarikh sebenar kejadian adalah pada 25 Ogos 2013.Artikel ini ditulis pada 26 Ogos 2013.

#IV

Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...