Thursday, August 22, 2013

Catatan SESTER:Hari Kelima

sambungan,,,

22 Ogos 2013,Khamis

Seperti biasa,malam sebelum persiapan bakal dibuat.bermula daripada pakaian hingga ke keperluan yang lain.pakaian rasmi hari Khamis,baju batik.menarik.lebih menarik dipadankan dengan songkok.lantas segera mencari sehelai yang sepadan dan sesuai.almari Abah dibuka,dibelek sehelai-sehelai baju-baju Abah yang bergantungan.tiada yang sesuai.mungkin ada yang Anas,almari bilik dibuka,dan baju IPG menjadi pilihan.merah maroon memang cantik dengan corak fauna yang tidak keterlaluan.segera diletak di papan penggosok dan dikemaskan kedutan dengan gerak tari besi panas dan semburan air.

bangun pagi sedikit lewat.namun sempat bersarapan Koko Krunch Duo dengan Dutch Lady Coklat (terima kasih Ummi!).berbaju batik,ah terasa janggal benar.sesudah mohon restu Ummi dan dapat duit belanja,jaket korporat hitam Boss disarung,enjin Honda Wave dipanaskan seketika.mendongak ke langit sementara,sedikit redup,bagai mahu hujan.

sekali lagi,untuk pagi yang ke-5 perjalanan yang menyeronokkan terasa sekejap.belum puas menikmati ketenangan dan kedamaian pagi,menghirup udara segar bumi Terengganu.

tiba di sekolah.kelihatan pelajar berbaju batik biru,ketetapan untuk hari Khamis.tatkala masuk dan duduk dalam bilik dokumentasi,mengantuk membelai-belai.kalau la boleh lelap,kalau lah.malu dengan Cikgu Jef yang duduk di bilik yang sama.tahan sajalah,namun tewas jua.terlelap atas meja 2 3 minit mungkin.dikejutkan dengan kehadiran Mentor.hari ini ada dua sesi pemerhatian kelas,satu di waktu pagi dan seterusnya di waktu tengahari.turut dijemput oleh staf,mentor dan Ayahanda Tuan Pengetua sendiri untuk menghadiri jamuan hari Raya staff dan guru di pejabat.

kelas pertama di waktu pagi.kelas yang sangat ceria.hari ini topik adjektif.segan bila Mentor sering menjadikan contoh Mentee kepada pelajar.ya,itu bagus,namun tetap segan.membacakan karangan tulisan sendiri,idea diceduk yang berada di celah minda separa sedar untuk kertas penulisan English SPM 2010?ah teruk benar English bakal guru TESL.

selesai kelas pertama,terus ke pejabat untuk memenuhi jemputan.nasi dagang dengan 2 cucuk sate ayam dan kuah kacang serta air teh separuh cawan.cukup.dan bersembang lama dengan Pembantu Tadbir serta guru-guru muda,berkongsi pengalaman dan pengetahuan berhubung isu posting dan lain-lain.

kelas seterusnya di waktu tengahari hanya satu waktu.kelas ini terlebih ceria.kelas tingkatan 4 yang paling 'meriah',kata Mentor.hanya untuk satu waktu,perkemas struktur ayat Subject+Verb+Object (SVO).mudah,namun penting.kelas ini memaparkan beberapa watak yang jelas seperti watak Jester dan memang tidak berhenti terbahak.sebelum kelas berakhir,dimaklumkan akan ada sesi perbincangan berhubung pemerhatian pada Ahad depan.

waktu tengahari,beberapa pelajar tingkatan 5 datang ke bilik dokumentasi,berjumpa dengan Cikgu Jef.namun diajak pula bersembang.sempat bersembang santai,berkongsi mesra sedikit sebanyak pengalaman belajar di peringkat sekolah,yang penting nasihat-nasihat itu berfokus kepada pengajaran dan teladan daripada pengalaman sendiri supaya tidak diulangi.mungkin satu kesalahan mendedahkan kelemahan diri,namun kalau lah kelemahan itu sebagai satu bahan pendidikan,mungkin harus dikongsi dengan harapan kelemahan itu tidak dicontohi dan diulangi,serta dibaiki menjadi kelebihan.

usai waktu sekolah.sempat singgah di SHAMS.mendekati adik-adik tingkatan 1 di asrama,menyantuni staff swasta yang ternyata memang lama berkhidmat kepada persekitaran sekolah.tujuan utama berjumpa dengan sahabat-sahabat tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan percubaan minggu depan.Alhamdulillah,tatkala meninggalkan sekolah ini,mereka dipimpin.tatkala hadir semula,mereka memimpin dan itu mengharukan dan disyukuri,Alhamdulillah.tidak lupa juga,helaian Qunut Nazilah berjumlah kira-kira sepuluh keping diberikan kepada wakil sahabat untuk disebarkan kepada rakan-rakan,moga mendapat manfaat bersama insha Allah.begitulah,inilah tahun kedua dibuat begitu.setiap kali berkesempatan sebelum sahabat-sahabat menduduki peperiksaan,akan ditemu dahulu.sebelum balik,bertembung dengan Taufik Azman,sahabat baik dulu di Tok Jiring kemudian ke Shams,sekadar bertegur sapa,masing-masing mengejar masa.sempat juga menjengah Ummi Ustazah Hanita yang sedang memerhati latihan Shoutul Shams.sudah bertahun tidak mendengar alunan muzik congga dan tamborin dan nasyid daripada Shoutul Shams,hari ini diberi peluang.

seterusnya,singgah untuk solat Zohor di Majid empat menara,Masjid Raja di Kg Bukit Besar.usai solat,motorsikal pula pancit tiub.nasib sangat baik bengkel cuma di seberang jalan.meneruskan perjalanan pulang.dalam perjalanan pulang,menerima mesej pula semasa berhenti di lampu isyarat merah simpang empat Mydin daripada sahabat,Syaqiq Bilkhi.hanya sekejap bertemu di Giant,tidak jadi nak lepak minum air sebab bimbang lewat.

itulah,sedikit sebanyak perkongsian hidup diri dhaif ini untuk hari ke-5 di menimba ilmu dan menceduk pengalaman di SESTER.seperti yang diharapkan dalam catatan semalam,setiap hari,kita menerima didikan daripada Allah,samada sedar ataupun tidak.dan semua didikan itu berpaksi kepada pengabdian dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.dan itulah,semoga kita terus diberi petunjuk,hidayah daripada Allah ke arah jalan yang baik dan benar,insha Allah.

berakhir sudah minggu pertama,minggu kedua dan terakhir di SESTER bakal menyusul minggu depan,insha Allah.semoga dipermudah segala urusan.

#prayforUmmah #IV

Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...