Tuesday, August 27, 2013

Catatan SESTER:Hari Kelapan

sambungan

26 Ogos 2013,Isnin

Malam sebelumnya,mata masih susah lelap.dalam tempoh seminggu yang pertama ini,memang terasa kelainan pada sistem biologi tubuh.letih yang terasa.tapi alah bisa tegal biasa.tapi selalunya peribahasa sekadar peribahasa bila berdepan dengan realiti.

Ini minggu kedua,namun pengurusan masa semakin lembab.di hari kedua untuk minggu ini,masih lambat bergerak ke sekolah.tapi tidak bermakna suasana pagi seperti hari-hari lain itu tidak terasa.masih menikmati redup indah sejuknya pagi.masih melihat senario yang sama,namun semua ini tidak pernah membosankan,bahkan menjadi satu penyejuk mata,penyegar minda,penghalau kantuk di pagi hari.

setiap pagi,setiap kali sampai ke sekolah,pelajar-pelajar akan berhimpun,untuk Asma ul Husna dan nyanyian 3 buah lagu,Negaraku,Selamat Sultan (lagu negeri Terengganu) dan lagu sekolah.terkadang apabila sempat,menyertai juga mereka,namun sekadar berdiri tegak di kaki lima berdekatan tempat mereka berkumpul.bikin teringat pada masa-masa lalu,semasa berada di tempat mereka,dalam pakaian sekolah.kali ini itu semua jadi lain.

pemerhatian kelas sudah selesai,yang tinggal hanyalah borang-borang pemerhatian yang perlu diisi,berdasarkan apa yang telah diperhati,perlu dihadam dan diterjemahkan dalam bentuk komen-komen dalam borang tersebut.fokus sekarang hanyalah pada borang pemerhatian dan laporan ROS.banyak yang masih perlu dibuat.

pagi ini membuat lawatan dan berjumpa dengan beberapa individu penting sekolah,antaranya yang sempat ditemui dan ditemubual ialah kaunselor sekolah dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PKHEM).banyak yang dikongsi,sedikit sebanyak bakal diceduk untuk diadun dalam laporan kami nanti.
namun satu perkara yang sangat jelas yang menarik untuk dikongsi disini adalah bagaimana komitmen disatukan dengan idealisme dan sifat humanistik mampu memberi impak yang sangat besar kepada sistem pengurusan dan pentadbiran sesebuah institusi.

seterusnya,menyediakan perancangan untuk hari esok kerana tidak sempat dilaksanakan hari ini.senarai guru-guru,panitia dan "corepersons" dibuat dan dibahagikan untuk ditemubual esok hari.semoga dipermudah.selain itu,menerima jadual peperiksaan,perlu bertugas untuk mengawasi peperiksaan tingkatan 4.

dalam kehidupan sehari-harian kita,banyak yang kita boleh belajar,cuma soalnya apakah kita benar-benar meletakkan diri kita dalam 'bilik darjah' kehidupan?pembelajaran berlaku secara spontan namun berterusan,pengajaran dibuat oleh sesiapa saja,baik daripada yang muda mahupun yang lebih tua daripada kita,oleh benda hidup mahupun benda bukan hidup,semuanya datang daripada Allah,sebagai satu bentuk pendidikan atau tarbiyah kepada kita,bahawa kita sentiasa perlukan Allah,kita sentiasa perlu kembali kepada hukum dan peraturan Allah,kita perlu sentiasa ingat tujuan sebenar kita berada di sini.

insha Allah,cerita ini akan diteruskan.

Nota:tarikh sebenar artikel ini adalah pada 26 Ogos 2013,cuma siap ditulis pada 27 Ogos 2013.

Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...