Tuesday, August 20, 2013

Catatan SESTER:Hari Ketiga

sambungan kisah...

20 Ogos 2013,Selasa

Beberapa jam sebelum masuk hari ini.Berbaring di tempat pembaringan empuk.Idamkan bantal selembut roti,namun bantal ini apa kurangnya.terasa rimas yang menghairankan malam ini.fikiran menerawang dan persoalan isu pintu mengetuk hati.ahh pintu dah kunci belum tadi?getus hati.bingkas bangun dan periksa,beberapa kali.kembali ke katil.ah serba tak kena sekali.setelah beberapa lama mendengar hipnosis tidur,barulah mata menutup tirai,namun minda separuh sedar masih menerima.

Terkejut,penggera memang mampu membangkitkan mood di pagi hari.tertidur balik.'Penggera Unggul' kejut,bila dengar suara Ummi memang tak tidur dah (HAHAHAHA).segera bersiap.seperti biasa,semacam kebanyakan daripada kita,memang sentiasa kelam kabut mengejar masa yang pantas di awal pagi,namun terkejut masih awal.pagi ini sarapan Koko Krunch (terima kasih Ummi!).usai sarapan,minta restu Ummi dulu sebelum bergerak ke destinasi.

memang suka menikmati suasana sebegini.angin pagi,damainya lain.heningnya mengukir senyuman di wajah,sinar segarnya mengusap lembut.hari ini berada di jalan raya lebih awal daripada semalam.kenderaan tidak sesak langsung di jalan raya.gembira melihat wajah anak-anak pelajar,berbasikal dengan pakaian seragam,sungguh bersemangat!suasana pagi memang mengagumkan.

tatkala tiba di sekolah,pelajar masih tidak kelihatan,mungkin terlalu awal sampai.hairan melihat semua pelajar memakai hanya satu jenis pakaian seragam untuk kokurikulum.ah masih kabur dengan percaturan sekolah ini.seperti hari-hari sebelumnya,terus ke bilik dokumentasi.Cikgu Jefri,semestinya sudah berada di sana.rupanya dalam terasa yang awal,ada yang lebih awal.

hari ini tiada pemerhatian.sepanjang hari cuma banyak dihabiskan di dalam bilik untuk meneliti laporan.turut sempat bertandang ke bilik Bimbangan dan Kaunseling,sekadar meninjau dan menyantuni kaunselor.namun tidak lama,kaunselor adalah antara individu yang sibuk di sekolah,itu sangat difahami.peranan unit Bimbingan dan Kaunseling sangat jelas dan signifikan buat pelajar sekolah ini.bilik ini dihias padat dengan informasi dan perkembangan semasa berkenaan karier dan tawaran pelajaran tinggi di pelbagai tempat dan institusi.

bertemu dengan Aiman,sahabat lama dan senior semasa di SHAMS dahalu,menguruskan pameran dan jualan buku Pustaka Ilmiah di SESTER.

tidak banyak dilakukan hari ini.usai waktu persekolah,singgah di Masjid Raja di Pasir Panjang untuk solat Zohor.kemudian sempat pusing-pusing di sekitar Dataran Batu Burok kerana dimaklumkan akan dibuat satu flashmob untuk kempen Rab'ah Mesir.

balik rumah sekadar berehat.hari esok lebih baik,insha Allah

nota:tarikh sebenar peristiwa 20 Ogos 2013,siap ditulis 21 Ogos 2013

Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...