Thursday, January 2, 2014

Berbeza Itu Rahmat:Kenapa tidak diraikan?

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana tatkala kita meraikan hari baru di tahun 2014,kita masih dikurniakan kesihatan dan seribu satu kenikmatan dan kesenangan.semoga dengan nikmat yang kita dapat,menjadikan kita makin berusaha untuk taqarrub dengan Allah melalui ibadah dan kebajikan sesama makhluk dan hamba Allah yang lain,insha Allah.

setelah sekian lama meninggalkan blog,hari ini terasa terpanggil untuk berkongsi satu buah fikiran yang penulis kira perkara ini perkara basi,ramai yang sudah 'mangli' kata orang-orang Kedah.meskipun begitu,penulis masih mahu kerana ada satu kerisauan dalam benak hati dan kepala ini tentang perkara ini yakni tentang meraikan perbezaan.

Berbeza secara mudah ditafsir sebagai berlainan atau tidak sama.kalau kita terjemahkan teks 'berbeza' dalam konteks yang ingin penulis bicarakan di sini adalah berbeza daripada sudut pendapat dan ideologi.Dalam masyarakat kita ada kepelbagaian kerana kita ada masyarakat majmuk,yang datang daripada pelbagai latar belakang,status agama seperti Islam,Krisitan,Buddha,Sikh,Hindu,suku kaum dan bahasa pertuturan dan dialek yang berbeza.Tapi kagumilah rakyat Malaysia dari negeri-negeri di Semenanjung sehinggalah ke Borneo Sarawak dan Sabah yang mampu hidup bersama,meskipun berbeza kerana satu kata kunci;meraikan perbezaan.

Bagaimana cara kita menerima perbezaan?Sebelum menjawab,kita harus ingat dalam dunia ini jawapan kepada satu persoalan itu banyak,bergantung kepada perspektif mana soalan itu dilihat.sebagai contoh,kalau kita bincang topik astronomi,kita akan dapat lihat hujah,pandangan dan lontaran idea tentang topik astronomi itu berbeza-beza sekiranya ahli yang membincangkan itu katakan seorang ugamawan,seorang angkasawan,seorang saintis,seorang pemuisi,dan seorang ahli falsafah.berbalik kepada soalan tadi tentang bagaimana cara kita menerima perbezaan iaitu dengan memahami bahawa perspektif kita berbeza.Kenapa berbeza?Kerana mungkin kita datang daripada latar belakang yang berbeza.Mungkin pekerjaan kita berbeza,status sosial kita berbeza,cara fikir kita berbeza.

Teringat penulis tentang satu kisah rakyat yang popular tentang bagaimana 10 orang buta menceritakan perihal seekor gajah.Si buta pertama yang memegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti pokok.Si buta kedua pula yang memegang ekor mengatakan gajah itu seperti seutas tali.Manakala,si buta ketiga mengatakan pula gajah itu seperti dinding tatkala dia memegang perut gajah.Kalau dilihat dalam kisah ini,kita akan melihat berlakunya perbezaan pandangan kerana tempat orang buta itu pegang berbeza.sama seperti tadi,seorang saintis mungkin melihat topik astronomi tadi dalam sudut saintifik,ugamawan mungkin melihat dari sudut ketuhanan,angkasawan mungkin melihat dari sudut ketuhanan dan saintifik.

selain itu,suka untuk penulis syorkan dalam kita mengeluarkan satu pandangan biarlah dilapik kemas dengan fakta dan penjelasan yang jelas,ampuh.khasnya apabila kita mengeluarkan komen pada suatu isu,janganlah kita terlalu 'rigid'.pada masa kita memberi pandangan,jangan tutup hati dan minda kita untuk menerima.jangan kita fikir hendak jadi juara saja,kita saja yang betul.apa salahnya kita menerima pandangan orang lain,seterusnya mungkin kita boleh fikirkan akan kebenaran di sebalik pandangan orang lain,pasti berguna untuk kita jua.kalau kita mampu menerima pandangan orang lain,pasti tidak jadi seperti orang buta dan gajah.kenapa tidak kita menyatukan semua pandangan kita,untuk cipta satu resolusi?

penulis melihat,khususnya dalam media sosial seperti di Facebook,banyak perdebatan antara 'keyboard warriors' dalam group,pages,atau sesama akaun pada banyak isu seperti isu ekonomi,politik dan sosial.ingatlah,media sosial sepatutnya boleh jadi satu bilik darjah untuk kita berfikir bersama,selagi kita boleh ketepikan 'rigidness' dalam tulisan pandangan kita,dengan bersedia untuk menerima pada masa kita memberi.

ringkasnya,dalam membincangkan kata kunci 'meraikan perbezaan',3 perkara kita harus ingat.pertama,pandangan kita adalah bergantung kepada platform tempat kita berdiri dan melihat sesuatu sudut.ia turut melibatkan pegangan dan kepercayaan kita.kedua,dalam kita memberi,rendahkan diri untuk menerima.ketiga,jadikan perbezaan itu satu keuntungan kepada hati dan minda.hati kita biar jadi hati yang lapang,minda kita biar tajam dengan berfikir dan jasad kita aktif dengan bakti dan sumbang.

ingat,berbeza itu rahmat,kenapa tidak diraikan?

Wallahua'alam.

2 Januari 2014
9:33pm
Shah Alam

adalah dialu-alukan atas dasar meraikan perbezaan,sebarang komen,kritikan dan cadangan,sila kemukan di ruang komen.terima kasih.

2 comments:

  1. Sebab perbezaan tu diorang tak nak terima keunikan dan kelebihan masing-masing. last tak jumpa bakat diri, dia kondem orang lain.

    ReplyDelete
  2. maknanya dia salahkan diri dia sebab tu dia salahkan orang lain?menarik pandangan tu saudara,terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...