Tuesday, January 7, 2014

LISTEN,LISTEN,LISTEN: Adakah Anda Dengar?

Penulisan penulis sebelum ini berkisar tentang meraikan perbezaan.Bagaimana kita melihat konsep asas kenapa pandangan kita berbeza,dan bagaimana perbezaan itu harus diterima melalui contoh cerita ringkas 10 orang buta.kali ini penulis akan cuba membawakan satu lagi topik penting yang menjadi asas kepada menjayakan konsep meraikan perbezaan melalui prinsip keterbukaan dan 3D.apa itu 3D?ikutilah kata hati,turutilah naluri di mana mereka berkata 'kami ingin tahu lagi'.

Satu masa yang tidak berapa lama dulu,telah berlaku satu peristiwa yang penting,peristiwa yang membawa kesan mendalam kepada mereka-mereka yang bernama Mahasiswa. Peristiwa yang penulis maksudkan di sini adalah kisah seorang Mahasiswi India bernama Bawani,seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Tatkala menghadiri satu sesi dialog,beliau telah bangun dan berdiri di hadapan mikrofon,menyuarakan isi hati,kritikan dan pandangan beliau,namun suaranya telah disekat dengan bebelan merapu daripada seorang yang 'mempunyai autoriti' dalam program tersebut.

kisah ini tidak asing bagi kita,penulis percaya.kisah ini terkenal dengan jolokan 'LISTEN,LISTEN,LISTEN' atau 'Haiwan pun ada masalah'.(kahkahkah).enggan penulis menceritakan lebih lanjut,kalian pembaca lebih arif akan kisah ini daripada penulis.harus diingat bahawa penulis tiada sebarang niat provokasi dalam mengungkitkan kembali daripada kisah ini namun cukuplah sekadar mencuit minda pembaca,supaya kita sama-sama tidak lupa akan kisah lama,yang penting.

pokoknya penulis membawa kisah ini untuk mengutarakan satu tajuk dalam penulisan kali ini bahawa konsep mendengar,adalah soal hati.

komunikasi boleh berlaku dalam beberapa cara dalam satu-satu dialog,umunya melalui oral ataupun lisan,ataupun bahasa tubuh melalui mimik muka,pergerakan anggota tubuh selain 'paralanguage' sebagai contoh 'ha'ah' untuk mengatakan 'benar'.satu perkara umum yang kita semua ketahui dalam dialog,perbualan,baik yang rasmi mahupun tidak rasmi,melibatkan dua proses asas,iaitu bercakap dan mendengar.sebelah pihak memberi,sebelah pihak yang lain menerima.dalam dialog juga,ada dua proses tambahan selain yang asas tadi,iaitu menyokong dan membangkang. dan untuk menyatakan sokongan dan bangkangan itu,perlukan sedikit seni.

maka apabila kita berkomunikasi,secara asasnya kita akan mempraktikkan perkara-perkara asas tadi yakni mendengar,bercakap,menyokong dan membangkang,ringkasnya memberi dan menerima.

adakah sentiasa bercakap dan memberi menunjukkan kita sentiasa betul,adakah menerima dan sekadar mendengar adalah menerima segala perkara yang 'mungkin' betul.penulis suka untuk mengajak diri sendiri dan sidang pembaca satu renungan tentang satu sebab mungkin Tuhan kurniakan dua telinga dan satu mulut.apa hikmahnya?

mungkin Tuhan mahu kita lebih mendengar,sebelum kita lebih bercakap?mungkin.

melalui pemerhatian dan refleksi diri penulis,berdasarkan pengalaman sehari-harian,kita sebenarnya kurang mendengar dan banyak bercakap.kita sentiasa fikir kita betul,orang lain salah,kita enggan dengar,kita enggan dalami apa yang orang lain ingin katakan.2 perkara,kita sentiasa mahu dengar sokongan orang terhadap kita namun yang kedua kita enggan dengar bangkangan dan bantahan orang lain terhadap kita.mana perginya konsep meraikan perbezaan kita?tiada keterbukaankah kita ini?

oleh itu,sebelum menamatkan tulisan kali ini,penulis cuba kongsikan satu pendekatan kepada pembaca,moga bermanfaat,iaitu 3D.3D adalah merujuk kepada Duduk,Dengar dan Dalami.D yang pertama,Duduk,adalah menunjukkan kesudian dan keterbukaan dan kesediaan hati dan minda kita untuk D yang ke-2.D yang ke kedua adalah Dengar,merujuk kepada kesanggupan kita untuk mendengar melalui telinga dan sanubari kita,meskipun ia mungkin berbeza dengan kita.dan D yang ketiga adalah Dalami,iaitu satu proses kita sudah lapangkan hati kita untuk duduk dan bersedia untuk mendengar,dan seterusnya kita berfikir dengan minda yang waras,hati yang tenang dan rasional,sebelum kita menjawab dan mengatakan buah fikiran kita.

penulis sentiasa percaya,selagi kita mampu amalkan 3D,maka kita akan mampu mencapai tahap meraikan perbezaan,ingat,berbeza itu rahmat,kenapa tidak diraikan.

kalau berbeza itu rahmat,kenapa tidak DUDUK,DENGAR,dan DALAMI?
mungkin kerana LISTEN,LISTEN,LISTEN?mungkin.
fikir.

8 Januari 2013
6:28 am
Shah Alam

*segala perkongsian dan idea adalah pandangan dan buah fikiran peribadi penulis.sila bebaskan diri untuk menulis komen berbentuk pandangan,idea,mahupun kritikan,atas dasar meraikan perbezaan.

2 comments:

  1. Apa pandangan hang dengan Benz Ali?

    ReplyDelete
  2. belum tengok lagi video Benz Ali,dengar kata kontroversial.tapi mungkin kita boleh sama-sama fikir.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...