Tuesday, February 28, 2012

Susu dan biskut:Biskut masyarakat yang lemau

di luar tabung
kita melihat bagaimana kepesatan dan tumbesaran luar biasa teknologi berlaku pada hari ini.semakin hari,urusan kita semakin mudah dengan pengenalan gajet-gajet dan pelbagai aplikasi.logiknya seiring dengan itu,capaian kita akan isu-isu semasa,sebarang maklumat akan semakin ke depan.kalau dahulu,tak boleh pergi ke kedai nak beli akhbar,sekarang akhbar dah ada versi atas talian,suratkhabar boleh dibaca dan dibawa semudah di poket kiri atau kanan seluar anda.bagi pengembara atau pendatang baru,atau penganjur program dengan mudah boleh meninjau dan memantau kawasan kejiranan dengan aplikasi navigasi yang sememangnya canggih selain maklumat trafik boleh diketahui dengan cepat dan mudah.



kita boleh senaraikan seribu satu kemudahan dan kesenangan yang bakal kita peroleh dengan kepesatan teknologi gajet hari ini,namun natijahnya tidak seperti yang kita harapkan.telefon berkamera dijadikan media utama merakam aksi ranjang budak sekolah beromen dalam tandas lama sekolah,video2 skodeng di kawasan air terjun dan sebagainya,maka lahirlah 'artis-artis 3gp'.

ironi
ironinya,kita lebih suka menghabiskan masa dengan menonton artis-artis Kpop berkoreografi daripada mendengar forum ilmiah,kita lebih suka menonton anime daripada menonton pandangan profesional.tak ada salahnya menonton Korean,tidak ada salahnya menonton anime,namun sebagaimana kita mengambil contoh pemakanan,tak salah makan makanan manis,tak salah makan makanan ringan cuma perlulah diimbanglebihkan dengan minum air putih,makan sayur-sayuran dan sebagainya,maka begitu jugalah,lebihimbangkan kita menonton perkara-perkara ilmiah juga.

bercakap lagi tentang ironi,masyarakat kita lebih suka baca majalah gosip artis,majalah kesihatan dan diketepikan majalah kekeluargaan,agama dan kerohanian dan lain-lain.


semua contoh-contoh kecil ini menunjukkan bagaimana gagalnya kita menentukan keperluan dan kehendak yang perlu dipenuhi dalam hidup kita,dalam menjadi individu hebat dalam komuniti aktif.

biskut lemau
kesimpulannya,masyarakat kita lemah berfikir kerana kurangnya kesedaran,masyarakat kita malas kerana kurang kesedaran,masyarakat kita ketinggalan kerana kurang kesedaran.kesedaran terhadap apa?kesedaran dalam mementingkan apa yang lebih penting.gagal kita meletak prioriti keperluan,membezakan kehendak dalam kehidupan kita.kita terlalu hedonistik,materialistik,individualistik dan tidak idealistik,lebih suka hidup terkurung menangguk kemegahan orang lain dan mengharap harapan datang dengan sekadar berbaring di tilam empuk,tidak laku,dan tidak ke mana,ibarat biskut lemau.

Penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

2 comments:

  1. Well,can't give up hope yet,there are still those who knows the importance and what they need to do.In time,I am sure, it will grow sooner or later

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...