Wednesday, March 7, 2012

Pelempang Kanan dan Nasihat Peribadi:Antara Cinta dan Sayang

penulis menelusuri Facebook,setiap hari,beberapa kali dalam sehari.Perspektif penulis,kita dapat melihat sikap manusia di sebalik perkataan.Kita menilai mereka dalam setiap post,komentar mahupun sebarang respon balas di laman sosial itu.Meskipun penilaian itu kasar,tidak telus dan kabur,namun secara figuratif sudah mampu memberi bayangan awal kepada identiti dan personaliti individu yakni pengguna Facebook itu sendiri.

Itu cerita di alam maya,bagaimana pula dengan alam realiti?Penulis kadang-kadang tergelak kerana ironinya pengguna itu hanya berani berhujah di alam maya semata-mata,di dunia nyata,depan-depan tak berani pula.sebab itu,suka untuk penulis ingatkan diri sendiri mahupun kepada pemuka-pemuka buku itu,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata melayang pelempang ke muka,tak gitu?hahahaha

Isu hari ini,macam isu-isu sebelum ini,biasanya bermula di kedai makan,tatkala bermanis mulut dengan makanan.penulis melihat,mendengar dan memerhati bahasa pertuturan kita sehari-harian semakin kurang kualiti,kurang dengan adab penuh dengan biadap.tidak kira lelaki,mahupun perempuan.

persoalannya di sini adalah,apa yang kita lakukan bagi membendung,mengurang mahupun mengatasi masalah akhlak lisan terutama pada golongan muda ini?lalu isu yang kita bawa dalam permasalah ini adalah apa tindakan yang paling wajar dalam kita mendidik,mengajar golongan ini?

penulis menyokong penuh 2 usul,yang pertama nasihat yang baik dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dan yang kedua pelempang.Kita melihat tatkala kita menegur dengan baik,selalunya akan dijawab dengan jawapan sinis penuh emosi seperti "macam la kau ni ayah aku",atau "jangan sibuk jaga kain orang boleh tak? atau "mind your own bizneezzz okk?? dan sebagainya yang lain-lain.kalau ditegur dengan kasar,jawapan dia begini pula "tak boleh ke cakap elok-elok?","kau nak gaduh ke???" and so on and so forth.

penulis menegaskan dalam menangani masalah mulut tidak berinsuran ini adalah dengan dua cara yang tersebut di atas.usul ke dua lebih radikal,yakni pelempang ke muka,yang biasanya dan selalunya sentiasa berjaya membuat mulut-mulut itu diam bersuara.kalau tak cukup sekali,dua kali mungkin boleh sebagai "nasi tambah".

lalu,kenapa penulis menyokong pendekatan radikal itu?kerana penulis percaya semua manusia punya kecendurangan untuk menjadi baik,kerana fitrah manusia itu mahu yang baik,baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang-orang di sekelilingnya.ingatnya,radikal itu bukan jalan utama,namun apa yang kita sifatkan sebagai "senjata terakhir" dalam kita memberi peringatan yang merupakan pengajaran.penting pengajaran-pengajaran ini,supaya masyarakat kita cukup tidak kurang ajar,barulah kita mampu melahirkan masyarakat yang ada etika bicara.

nasihat yang baik adalah tanda cakna,prihatin,cinta,kasih dan sayang kepada seseorang.manakala pengajaran yang radikal itu puncak perasaan kasihan,risau dan bimbang akan masa depan seseorang.pokoknya,radikal mahupun dengan hemah,keduanya tanda cinta,tanda sayang.sayang tidak dengan manja belai semata-mata,tetapi juga dengan perasa,cubit lempang sini sana,supaya mereka faham,inilah kehidupan bersama,iaitu saling menjaga sesama kita.wallahu'alam.

Penulis adalah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

2 comments:

  1. BismiLLAHi Rahmani Rahim.

    Syed. Suka post ni. Antara nasihat yang baik dengan pelempang.Orang yang x makan nasihat, mungkin boleh kenyang dengan pelempang kot. Tapi pelempang tu sebab sayang. Betul.?

    Dan kedua, betul la kata enta, kadang-kadang akhlak dalam berbicara dalam kalangan remaja ni makin kurang doh. Banyak mencarut, cakap benda-benda lucah, kurang ajar dan sewaktu dengannya.

    Dah jadi macam benda biasa dah. Teruskan memberi teguran sampai mereka faham. Semoga sentiasa dalam kasih sayang dan pertolongan ALLAH..!

    Naqiuddin AnsaruLLAH ~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kepada petualang bumi Anbia,Kaherah Mesir,saudara sedarah seguru Syeikh Q Al Azhari.

    melihat kepada situasi masyarakat sekarang,terutama golongan belia yang sedang naik bagai pohon menjalar,terutama remaja perempuan dan tidak kurang dengan lelaki,adalah sangat membimbangkan kerana dilihat mereka semakin fakir maruah dan integriti,selain kurang adap dan kehormatan sesama manusia.

    dalam institusi pendidikan misalnya,bagaimana saya melihat pekeliling yang melarang guru merotan dan memukul pelajar sebagai satu ancaman kepada usaha kita membentuk jiwa pekerti pelajar.bagi saya adalah perlu kita memukul dalam bentuk merotan,menampar dan sebagainya sekadar mencukupi,sederhana lagi diterima sebagai satu bentuk pendidikan selain nasihat,dan teguran lisan.

    oleh itu,lempanglah,nasihatlah,tanda sayang pada masa depan mereka.biar merah hari ini,jangan putih hari esok.insha Allah.

    _Syed Pulut Lepa Alyahya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...