Friday, May 25, 2012

Keliru berpadu menjadi satu:antara semalam,hari ini dan esok

sehari dua ini penulis sempat menghabiskan masa bersama sahabat-sahabat rapat,meskipun tidak lama,singkat,namun penulis masih berjaya memperoleh satu dua cerita bukan sekadar untuk dikongsi namun isi dan intinya perlu dicerna untuk memperoleh zat-zat cerita yang tersembunyi.setelah mendengar penjelasan,justifikasi daripada saudara Naim dan saudara Mohamad Kamal,penulis akhirnya memulakan gumpalan inferens terhadap isu-isu ini.

situasinya adalah apabila mereka berkata mereka enggan jadi hipokrit,nak jadi diri sendiri.itulah yang harus penulis tekankan di sini.enggan jadi hipokrit,nak jadi diri sendiri.sebelum itu mereka harus bertanyakan beberapa soalan kepada diri mereka,atau mereka hendak menunggu untuk ditanya,terpulang.pertamanya mereka harus tahu,hipokrit itu macam mana?mungkin definisi kasarnya adalah 'memakai topeng',tidak terlihat wajah sebenar dengan cara menutupnya,atau apakah hipokrit itu adalah sebentuk lakonan?maksud sebenar kelihatan abstrak dan kabur pada penulis.keduanya,apakah maksud diri sendiri?apakah ianya bermaksud nak jadi sepertimana kata hati mereka mengarah?atau nak jadi sepertimana selesanya hati pada perbuatan diri?

penulis agak yakin,mereka berdepan dengan sedikit kesukaran dalam menjawab dua soalan mudah ini.

kerana,penulis merasakan mereka akan pening,pusing,keliru dan bingu sekiranya mereka mendalami diri mereka sekadar untuk menjawab persoalan-persoalan itu,kenapa?kerana mereka tidak pasti apakah pilihan yang harus dibuat akhirnya?mahu menjadi 'hipokrit yang baik'?ataupun 'diri sendiri yang tidak baik'?itu yang harus mereka berdepan dan jawab.mereka hendak lari daripada satu kenyataan bahawa jadi diri sendiri itu lebih baik,meskipun diri itu tidak lurus,daripada menjadi hipokrit yang lurus dan benar.apakah dasar hipokrasi yang didefinisikan mereka itu mengubah hidup mereka ke arah kebaikan mahupun kejahatan yang jauh?apakah mereka tahu?mereka nampak?mereka faham?

sebelum pertemuan itu,lama sebelum pertemuan itu,penulis sempat dikenalkan dan bertemu semula dengan satu dua kawan.yang tahu mereka tidak hadir sempurna,tidak baik macam orang baik yang lain,namun punya motivasi,kesabaran dan niat yang ikhlas untuk berubah ke arah yang lebih baik.sanggup tinggalkan apa yang mereka suka demi perkara yang mereka perlu.Allah,kontradiksi situasi ini menyanyat hatiku kadang-kala di masa-masa lintas.

kerana situasi bagi mereka yang keliru itu,sanggup meninggalkan apa yang perlu demi perkara yang mereka suka.dan tatkala penulis melihat,merenungi dan membayangkan wajah mereka,penulis sesekala terasa kesal di dalam sanubari,lantaran larinya mereka-mereka ini daripada apa yang mereka perkatakan padaku dulu.

dalam interaksi aktif di laman sosial Facebook,penulis menerima dengan baik bahawa perbuatan mereka itu adalah kesan daripada 'keliru identiti',mereka tak nampak jalan gelap,mereka berjalan tiada berlantera tiada berlampu,mereka berjalan berpimpin tangan si pemandu arah buta,lagi tuli lagi bisu lagi cacat.dan mereka ini,sepertimana kita manusia yang melakukan kesilapan.

penulis optimis mereka akan menemui jalan yang benar,bangkit daripada kesilapan lampau mereka,dan kembali berderap melintasi laluan hidup yang masih berbaki dengan niat,keazaman,iltizam dan semangat untuk berubah,demi masa depan yang lebih baik dan cemerlang,terbit bersinar bersama mentari esok.semoga erti Jiwa Matahari terpaut,bersinar dan menyinar dalam dan pada diri mereka,insha Allah.

"Allah,ampunilah kesilapan mereka.bantu dan sayangilah mereka yang sayang kepada kami,dan ampunilah dosa orang yang benci kepada kami,amin"


penulis ialah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...