Tuesday, July 3, 2012

2012:Anjakan Dimensi 10 tahun Mendatang

tatkala pos ini ditulis,penulis sedang menikmati hari-hari yang baik bersama ahli keluarga,rakan-rakan dan yang tersayang,dan menariknya bagaimana menjalani hidup sebagai seorang penganggur,sekali lagi.

malam ini insha Allah masjid-masjid,musolla dan surau,mungkin juga madrasah,akan dipenuhi dan dimeriahkan dengan kehadiran jemaah yang luar dari kebiasaan,untuk merai dan mencelah kesempatan yang jarang-jarang datang iaitu merebut rahmat dan berkat Nisfu Sya'ban.tidak lama lagi,sekiranya tersurat jodoh nyawa masih panjang,kita akan bertemu dengan satu lagi bulan istimewa sepanjang tahun yakni bulan Ramadhan.

hampir dengan perkara-perkara istimewa telah menyumbang satu idea untuk menukil pos ini.penulis telah berhenti kerja 'partime' bagi memberi laluan kepada aktiviti peribadi yang lain.tambahan pula,keputusan UPU yang bakal menentukan hala tuju hidup yang seterusnya bakal diumumkan tidak lama lagi.

siri-siri,rentetan peristiwa yang berlaku dan akan berlaku ini,memberi satu signal kepada kita bahawa betapa kita memerlukan persediaan untuk berhadapan cabaran masa depan yang semakin laju,saya pasti ramai yang bersetuju.

2012;adalah satu tahun yang penulis,secara peribadi,menyifatkan sebagai tahun penting kepada kehidupan masa depan penulis,tidak seperti yang digemparkan sebagai tahun kita berdepan kiamat,itu urusan Allah Yang Maha Mengetahui.

bagaimana setiap tahun kita meletakkan misi-misi dan visi yang ingin kita capai dalam kehidupan sekali ini,insha Allah,penulis berharap akan diberi kekuatan dan sokongan untuk berusaha bagi merealisasikan impian-impian,daripada sekadar tertulis pada kertas putih kepada realiti yang boleh dinikmati secara zahiriah.insha Allah

selamat berjaya kepada semua.ingatlah anda bukan sesiapa,melainkan individu yang bakal mencorak dan menentukan nasib dan masa depan agama,bangsa dan negara kita yang tercinta.semarakkan Jiwa Matahari dalam sanubari.

penulis ialah Syed Pulut Lepa Alyahya,aktivis Perhati&Nukil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...