Monday, August 19, 2013

Catatan SESTER:Hari Pertama

Bismilahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Prakata

Ditulis di sini adalah sedikit coretan untuk mengabadikan pengalaman menjalan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) atau School Orientation Program (SOP),sebagai sebahagian daripada latihan untuk bakal-bakal guru dengan tujuan memberi pendedahan awal serta pengalaman dalam mengajar serta mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) kepada mahasiswa-mahasiswi yang berada dalam program Pendidikan.secara ringkas dan mudahnya begitulah.

Saya menjalani ROS di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER).Bangunan sekolah asalnya sebuah maktab perguruan sebelum pusat itu dipindahkan secara rasmi ke Institut Perguruan Sultan Mizan di Besut,Terengganu. Lokasi yang sedikit tersorok,tidak lebih sekadar sebatang papan tanda tinggi dengan logo sekolah sebagai 'rumah api' atau penanda di lorong masuk menunjukkan lokasi sekolah.Program ini berlangsung kira-kira 10 hari,bermula 18 Ogos sehingga 29 Ogos 2013.

18 Ogos 2013,Ahad

Sedikit lewat bangun dan bersiap pagi ini.Bergegas dan sedikit kelam kabut,di hari pertama.Bermacam perkara remeh bermain di kepala,terutama perhimpunan rasmi di hari Ahad.Memulakan perjalanan dari Batu Enam ke Pasir Panjang,lebih kurang 10-15 minit bergantung pada trafik,namun perjalanan awal di pagi hari memang menguntungkan.

Sampai.Kelihatan pelajar-pelajar mula berkumpul,selain melihat dewan yang disusun kemas,persiapan sebelum perhimpunan rasmi bermula.Terus menuju ke bilik dokumentasi,bilik rasmi sepanjang menjalani ROS.bagaimanapun,dimaklumkan tidak lama kemudian,perhimpunan rasmi dibatalkan,cuma ada sedikit perjumpaan ringkas guru-guru bersama Tuan Pengetua.

Sempat berjumpa Mentor,namun hanya sekejap,beliau perlu menghadiri mesyuarat.Namun,sempat untuk memaklumkan bahawa pemerhatian akan bermula esok dan seterusnya.Tidak banyak perkara dilakukan,terasa jakun dan janggal yang amat sangat.Menyapa dan disapa oleh guru-guru yang begitu ramah dan terbuka,diajak berbual dan bersembang bersama beberapa yang lain,sekali lagi jakun dan janggal merayap jiwa.

Lapar,makan di kantin,namun sudah hampir tengahari,makanan pun tinggal roti dengan air kotak sahaja.Sesudahnya,berjalan dan meronda di kawasan berhampiran,selain berbual ringkas dengan beberapa pelajar.Boleh dikatakan di sepanjang hari pertama melaporkan diri,sekadar duduk,berdiri dalam bilik dokumentasi.Terima kasih kepada guru yang berkongsi kata laluan 'wifi' yang lebih laju capaiannya berbanding Streamyx di rumah,boleh juga ber'whatsapp' dan ber'facebook' mengisi kebosanan.

Waktu sekolah berakhir kira-kira jam 2:30 petang,namun pulang ke rumah kira-kira setengah jam kemudian.

bakal bersambung...

nota: tarikh peristiwa 18 Ogos 2013 namun ditulis pada 19 Ogos 2013.

Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...