hari yang lain,minggu ke dua dan juga yang terakhir...
25 Ogos 2013,Ahad
pagi Ahad yang sangat mengantuk,penggera berbunyi,tutup dan tidur semula.rasukan kantuk ini luar biasa.namun digagah jua demi minat yang menjiwa untuk ke sekolah.perlahan-lahan,malas dan masih mengantuk untuk segera bersiap meskipun selesai sudah berjimba dengan elemen air.pakaian yang digosok panas semalam dicapai,dipakai.mungkin ada perhimpunan rasmi pagi ini,mungkin.
sarapan pagi dengan Koko Krunch,bagai sama frasa ini dengan iklan komersial di televisyen.usai makan,mohon restu Ummi Abah sebelum bergerak ke SESTER,di hari baru,minggu baru yang juga merupakan minggu terakhir untuk Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) bagi program Fakulti Pendidikan Uitm Shah Alam.
gerak kenderaan ini perlahan saja,santai dan bersahaja,menyelusuri Jambatan Sultan Mahmud,tidak bosan bercerita tentangnya.Pagi yang redup,sejuk dan terasa satu dua air mata langit menitik ke tubuh.bimbang kuyup jika tangis langit lebat,namun Alhamdulillah,sempat saja sampai,seperti biasa.kelihatan pelajar sudah mula berkumpul,rutin mereka,apakah lebih baik dan lebih mencabar daripada rutin diri ini?pasti!kita semua pernah berada di kerusi meja pelajar dan kita semua tahu perasaan itu,namun hari-hari demi berlalu bagaikan angin dan kini diri batang tubuh ini tidak lagi berdiri sebagai seorang pelajar namun sebagai seorang bakal guru pula.kadang-kadang kelakar dek ajaibnya percaturan Allah terhadap perjalanan hidup ini.
sampai di bilik dokumentasi,terlentok di meja,mengantuk itu bagai migrain,datang lagi tatkala sunyi.suasana sejuk dalam bilik kecil ini bagaikan bayu yang melayukuyukan mata.laporan dan borang pemerhatian tersadai di atas meja,pensil di tangan kanan dan minda jauh di awangan.terlelap,sekejap namun memang mujarab.
pagi ini sebelum waktu rehat,ada satu kelas satu masa.kelas Literature mengupas puisi,kelas yang sangat menarik.penuh pengisian dan mesej meskipun cuma berlangsung sekitar 30 minit.sesudah kelas,sedikit perbincangan bersama Mentor,berkongsi pengalaman dalam mengajar dan isu pendidikan,ini sebahagian daripada tugasan juga.kemudian,dijemput makan laksa di bilik guru,inilah ruang untuk melihat satu ruang lain yang penting di alma mater ini.sudahnya kembali menghadap laporan.
pulang ke rumah lebih awal hari ini.seperti biasa,singgah di Masjid Raja untuk solat Zohor.suka untuk solat di sini,selesa,lapang dan tidak kusut dengan ramai orang,cuma teriak kanak-kanak yang biasanya mengaji di pusat bersebelahan masjid memang memeriahkan keadaan luar masjid,dan itu memang mengukir senyuman.
singgah di Giant,sekadar pusing-pusing dan bertemu seorang dua yang dikenali.sekejap saja singgah,terus meneruskan perjalanan ke rumah.
rehat dan riadah di waktu petang.cuma di waktu malam,cadangan untuk meneruskan laporan terbantut,malas menjalar.dapat pula panggilan daripada saudara Kamal,sekitar pukul 10,bergerak ke Batu 6 untuk minum bersama.memang gembira dapat bersembang bersama,mengenang kembali aktiviti sebegini tatkala berada di asrama SHAMS satu masa dahulu.turut bersama Syaqiq Bilkhi,dan Tengku Hanif.
itulah sedikit coretan ringkas di hari yang ke 7 di SESTER.pilu rindu dan ragu-ragu sesekali bertandang apabila memikirkan diri ini bakal meninggalkan institusi ini.namun tugasan dan tanggungjawab masih perlu dipikul.harapan cuma apa yang dipelajar semalam,hari ini dan insha Allah esok di hari-hari seterusnya yang lain dapat memberi penambahbaikan pada diri ini,untuk menjadi salah seorang yang berada di barisan hadapan perjuangan dalam menegakkan agama,bangsa dan tanah air,insha Allah.
Nota:tarikh sebenar kejadian adalah pada 25 Ogos 2013.Artikel ini ditulis pada 26 Ogos 2013.
#IV
Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP
Sunday, August 25, 2013
Thursday, August 22, 2013
Catatan SESTER:Hari Kelima
sambungan,,,
22 Ogos 2013,Khamis
Seperti biasa,malam sebelum persiapan bakal dibuat.bermula daripada pakaian hingga ke keperluan yang lain.pakaian rasmi hari Khamis,baju batik.menarik.lebih menarik dipadankan dengan songkok.lantas segera mencari sehelai yang sepadan dan sesuai.almari Abah dibuka,dibelek sehelai-sehelai baju-baju Abah yang bergantungan.tiada yang sesuai.mungkin ada yang Anas,almari bilik dibuka,dan baju IPG menjadi pilihan.merah maroon memang cantik dengan corak fauna yang tidak keterlaluan.segera diletak di papan penggosok dan dikemaskan kedutan dengan gerak tari besi panas dan semburan air.
bangun pagi sedikit lewat.namun sempat bersarapan Koko Krunch Duo dengan Dutch Lady Coklat (terima kasih Ummi!).berbaju batik,ah terasa janggal benar.sesudah mohon restu Ummi dan dapat duit belanja,jaket korporat hitam Boss disarung,enjin Honda Wave dipanaskan seketika.mendongak ke langit sementara,sedikit redup,bagai mahu hujan.
sekali lagi,untuk pagi yang ke-5 perjalanan yang menyeronokkan terasa sekejap.belum puas menikmati ketenangan dan kedamaian pagi,menghirup udara segar bumi Terengganu.
tiba di sekolah.kelihatan pelajar berbaju batik biru,ketetapan untuk hari Khamis.tatkala masuk dan duduk dalam bilik dokumentasi,mengantuk membelai-belai.kalau la boleh lelap,kalau lah.malu dengan Cikgu Jef yang duduk di bilik yang sama.tahan sajalah,namun tewas jua.terlelap atas meja 2 3 minit mungkin.dikejutkan dengan kehadiran Mentor.hari ini ada dua sesi pemerhatian kelas,satu di waktu pagi dan seterusnya di waktu tengahari.turut dijemput oleh staf,mentor dan Ayahanda Tuan Pengetua sendiri untuk menghadiri jamuan hari Raya staff dan guru di pejabat.
kelas pertama di waktu pagi.kelas yang sangat ceria.hari ini topik adjektif.segan bila Mentor sering menjadikan contoh Mentee kepada pelajar.ya,itu bagus,namun tetap segan.membacakan karangan tulisan sendiri,idea diceduk yang berada di celah minda separa sedar untuk kertas penulisan English SPM 2010?ah teruk benar English bakal guru TESL.
selesai kelas pertama,terus ke pejabat untuk memenuhi jemputan.nasi dagang dengan 2 cucuk sate ayam dan kuah kacang serta air teh separuh cawan.cukup.dan bersembang lama dengan Pembantu Tadbir serta guru-guru muda,berkongsi pengalaman dan pengetahuan berhubung isu posting dan lain-lain.
kelas seterusnya di waktu tengahari hanya satu waktu.kelas ini terlebih ceria.kelas tingkatan 4 yang paling 'meriah',kata Mentor.hanya untuk satu waktu,perkemas struktur ayat Subject+Verb+Object (SVO).mudah,namun penting.kelas ini memaparkan beberapa watak yang jelas seperti watak Jester dan memang tidak berhenti terbahak.sebelum kelas berakhir,dimaklumkan akan ada sesi perbincangan berhubung pemerhatian pada Ahad depan.
waktu tengahari,beberapa pelajar tingkatan 5 datang ke bilik dokumentasi,berjumpa dengan Cikgu Jef.namun diajak pula bersembang.sempat bersembang santai,berkongsi mesra sedikit sebanyak pengalaman belajar di peringkat sekolah,yang penting nasihat-nasihat itu berfokus kepada pengajaran dan teladan daripada pengalaman sendiri supaya tidak diulangi.mungkin satu kesalahan mendedahkan kelemahan diri,namun kalau lah kelemahan itu sebagai satu bahan pendidikan,mungkin harus dikongsi dengan harapan kelemahan itu tidak dicontohi dan diulangi,serta dibaiki menjadi kelebihan.
usai waktu sekolah.sempat singgah di SHAMS.mendekati adik-adik tingkatan 1 di asrama,menyantuni staff swasta yang ternyata memang lama berkhidmat kepada persekitaran sekolah.tujuan utama berjumpa dengan sahabat-sahabat tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan percubaan minggu depan.Alhamdulillah,tatkala meninggalkan sekolah ini,mereka dipimpin.tatkala hadir semula,mereka memimpin dan itu mengharukan dan disyukuri,Alhamdulillah.tidak lupa juga,helaian Qunut Nazilah berjumlah kira-kira sepuluh keping diberikan kepada wakil sahabat untuk disebarkan kepada rakan-rakan,moga mendapat manfaat bersama insha Allah.begitulah,inilah tahun kedua dibuat begitu.setiap kali berkesempatan sebelum sahabat-sahabat menduduki peperiksaan,akan ditemu dahulu.sebelum balik,bertembung dengan Taufik Azman,sahabat baik dulu di Tok Jiring kemudian ke Shams,sekadar bertegur sapa,masing-masing mengejar masa.sempat juga menjengah Ummi Ustazah Hanita yang sedang memerhati latihan Shoutul Shams.sudah bertahun tidak mendengar alunan muzik congga dan tamborin dan nasyid daripada Shoutul Shams,hari ini diberi peluang.
seterusnya,singgah untuk solat Zohor di Majid empat menara,Masjid Raja di Kg Bukit Besar.usai solat,motorsikal pula pancit tiub.nasib sangat baik bengkel cuma di seberang jalan.meneruskan perjalanan pulang.dalam perjalanan pulang,menerima mesej pula semasa berhenti di lampu isyarat merah simpang empat Mydin daripada sahabat,Syaqiq Bilkhi.hanya sekejap bertemu di Giant,tidak jadi nak lepak minum air sebab bimbang lewat.
itulah,sedikit sebanyak perkongsian hidup diri dhaif ini untuk hari ke-5 di menimba ilmu dan menceduk pengalaman di SESTER.seperti yang diharapkan dalam catatan semalam,setiap hari,kita menerima didikan daripada Allah,samada sedar ataupun tidak.dan semua didikan itu berpaksi kepada pengabdian dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.dan itulah,semoga kita terus diberi petunjuk,hidayah daripada Allah ke arah jalan yang baik dan benar,insha Allah.
berakhir sudah minggu pertama,minggu kedua dan terakhir di SESTER bakal menyusul minggu depan,insha Allah.semoga dipermudah segala urusan.
#prayforUmmah #IV
#prayforUmmah #IV
Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP
Wednesday, August 21, 2013
Catatan SESTER:Hari Keempat
sambungan...
21 Ogos 2013,Rabu
berlalu sudah 3 hari yang memenatkan namun alhamdulillah,sentiasa belajar dan menerima sesuatu.cuma alangkah baiknya kalau pada waktu menerima turut memberi,bahkan lebih dengan memberi.kalau bukan sekarang,bila lagi?peluang untuk berada di tempat yang bagus sebegini,jarang-jarang ada dan mungkin inilah yang pertama dan terakhir,mungkin.itulah sebahagian yang bermain di minda separa sedar.seperti biasa malam sebelumnya,menyiapkan kelengkapan dan menyediakan pakaian yang baik,begitulah agaknya.
seperti hari-hari sebelum,bangun pagi masih rintangan utama yang pertama di awal hari,namun rintangan itu bisa dipatahkan dengan kekuatan dan kesedaran yang kuat yang masih bersisa dan insha Allah akan terus bersisa dalam sanubari ini.mohon restu Ummi,rezeki di pagi hari,dapat 5 ringgit.tak sempat makan koko krunch,minum air suam separuh kelas,perut sedikit gundah,bisa air bergas semalam mungkin.
cerita dalam catatan sebelum ini sentiasa menghuraikan heningnya pagi.tidak mampu dinafikan itulah perkara yang ajaib,menakjubkan dan melapangkan hati dan terasa benar hati ini untuk sentiasa menceritakan keajaiban itu dalam bentuk kata-kata,kalau lah,kalau lah.memang menarik hati,terasa tenang dan memang damai tatkala berada di atas Jambatan Sultan Mahmud,di hadapan tersergam indah Bukit Besar dengan kalimah agung 'Allah Peliharakanlah Terengganu' terpacak teguh menjadi mercu tanda yang popular Pantai Timur,di sebelah kiri nun jauh kelihatan kapal-kapal nelayan belayar di muara,di sebelah kiri Masjid Kristal dan replika-replika monumen binaan bersejarah Islam,langit tercalit warna jingga,tanda mentari mula menjengah wajah,angin pagi yang dingin,dan kawanan burung melintas angkasa,bukankah indah dinikmati keindahan ini setiap pagi?
tiba di sekolah sedikit lewat,tapi itu biasa.tidak seperti hari biasa.lewat ini bagai rahmat,menjadi sebab untuk berhenti berdiri di jalanan bersama mengalun bait-bait Asma ul Husna bersama pelajar dan lagu Negaraku.
hari ini tiada pemerhatian kelas.sekadar menghabiskan masa-masa dengan sambungan wifi laju,ini terbaik.sewaktu mengisi perut di kantin,sempat bertemu Ustaz Farid yang baru sahaja selesai menjamah makanan.bersembang mesra dan beliau meminta kesudian untuk menjaga peperiksaan untuk giliran beliau.apa yang lebih baik daripada ini?Mentor pun tiada masalah.
pengalaman jaga kelas peperiksaan tiada yang istimewa,sekadar memantau keadaan pelajar.ah tiada apa sangat.cuma sekadar pusing-pusing sikit dalam kelas,tolong distribute kertas tambahan kalau diperlukan dan tolong kalau ada sebarang masalah.tadi masalah kecil saja,Allah menguji hati,seorang pelajar salah satu muka surat soalan kosong,kaget juga mulanya,mujur segera dapat diselesaikan di meja guru itu juga.
usai itu,sempat bersembang lagi dengan beberapa guru yang kebetulan berada di bilik dokumentasi.memang seronok bercakap dengan mereka,terasa benar mereka sebenarnya menerima kehadiran yang tidak dijemput ini.itu cukup baik.
sebelum pulang,belanja 2 kotak kecil kismis minda jualan Pustaka Ilmiah Encik Asmadi yang membuat pameran buku di SESTER kepada dua pelajar yang memang selalu menghabiskan masa di depan piano dalam bilik dokumentasi.itulah,mungkin sedikit pelaburan kecil buat mereka.
singgah di Masjid Raja di Kampung Bukit Besar untuk solat Zohor kemudian terus ke pusat bandar untuk sedikit urusan di bank dan di koperasi.dalam waktu Asar sampai ke rumah.sedikit riadah dan sebelum Maghrib,sempat fotokopi helaian Qunut Nazilah untuk rancangan sebaran eksperimen esok,insha Allah.
itulah sedikit sebanyak perkongsian untuk hari ke 4.semoga hari yang berikutnya terus belajar sesuatu yang baru atau memperbaharui apa yang telah belajar,insha Allah.

Tuesday, August 20, 2013
Catatan SESTER:Hari Ketiga
sambungan kisah...
20 Ogos 2013,Selasa
Beberapa jam sebelum masuk hari ini.Berbaring di tempat pembaringan empuk.Idamkan bantal selembut roti,namun bantal ini apa kurangnya.terasa rimas yang menghairankan malam ini.fikiran menerawang dan persoalan isu pintu mengetuk hati.ahh pintu dah kunci belum tadi?getus hati.bingkas bangun dan periksa,beberapa kali.kembali ke katil.ah serba tak kena sekali.setelah beberapa lama mendengar hipnosis tidur,barulah mata menutup tirai,namun minda separuh sedar masih menerima.
Terkejut,penggera memang mampu membangkitkan mood di pagi hari.tertidur balik.'Penggera Unggul' kejut,bila dengar suara Ummi memang tak tidur dah (HAHAHAHA).segera bersiap.seperti biasa,semacam kebanyakan daripada kita,memang sentiasa kelam kabut mengejar masa yang pantas di awal pagi,namun terkejut masih awal.pagi ini sarapan Koko Krunch (terima kasih Ummi!).usai sarapan,minta restu Ummi dulu sebelum bergerak ke destinasi.
memang suka menikmati suasana sebegini.angin pagi,damainya lain.heningnya mengukir senyuman di wajah,sinar segarnya mengusap lembut.hari ini berada di jalan raya lebih awal daripada semalam.kenderaan tidak sesak langsung di jalan raya.gembira melihat wajah anak-anak pelajar,berbasikal dengan pakaian seragam,sungguh bersemangat!suasana pagi memang mengagumkan.
tatkala tiba di sekolah,pelajar masih tidak kelihatan,mungkin terlalu awal sampai.hairan melihat semua pelajar memakai hanya satu jenis pakaian seragam untuk kokurikulum.ah masih kabur dengan percaturan sekolah ini.seperti hari-hari sebelumnya,terus ke bilik dokumentasi.Cikgu Jefri,semestinya sudah berada di sana.rupanya dalam terasa yang awal,ada yang lebih awal.
hari ini tiada pemerhatian.sepanjang hari cuma banyak dihabiskan di dalam bilik untuk meneliti laporan.turut sempat bertandang ke bilik Bimbangan dan Kaunseling,sekadar meninjau dan menyantuni kaunselor.namun tidak lama,kaunselor adalah antara individu yang sibuk di sekolah,itu sangat difahami.peranan unit Bimbingan dan Kaunseling sangat jelas dan signifikan buat pelajar sekolah ini.bilik ini dihias padat dengan informasi dan perkembangan semasa berkenaan karier dan tawaran pelajaran tinggi di pelbagai tempat dan institusi.
bertemu dengan Aiman,sahabat lama dan senior semasa di SHAMS dahalu,menguruskan pameran dan jualan buku Pustaka Ilmiah di SESTER.
tidak banyak dilakukan hari ini.usai waktu persekolah,singgah di Masjid Raja di Pasir Panjang untuk solat Zohor.kemudian sempat pusing-pusing di sekitar Dataran Batu Burok kerana dimaklumkan akan dibuat satu flashmob untuk kempen Rab'ah Mesir.
balik rumah sekadar berehat.hari esok lebih baik,insha Allah
nota:tarikh sebenar peristiwa 20 Ogos 2013,siap ditulis 21 Ogos 2013

Monday, August 19, 2013
Catatan SESTER:Hari Kedua
Sambungan kisah...
19 Ogos 2013,Isnin
Di ambang hari kedua.Malam yang sangat letih,namun mata enggan lelap.Jarum jam semakin menunjuk ke waktu pagi,masuk hari lain sudah.Esok kena bangun awal,mata pulak tak mengantuk,bimbang terlajak,tak kelakar esok jadinya,itulah monolog dalaman berbisik.Penggera pagi disetkan di Galaxy Tab,dengan nada dering yang lebih buruk,dengan harapan memberi kekuatan dan sebab kuat untuk bangun dari tidur.Bilik sudah gelap,mata masih cerah,malam makin larut.Terdetik untuk mencari aplikasi di Google yang membantu untuk tidur.Jumpa,muat turun,guna dan hasilnya mengejutkan.
Tersentak,terjaga.Meraup muka,sudah azan,rasa mengantuk merasuk hebat.Meraup muka,bingkas bangun ke bilik air untuk bersiap.Pagi ini lebih awal daripada semalam.Harapan berbunga untuk jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.Sempat sarapan ringkas,biskut kacang hazel dengan kopi susu suam.Sesudahnya,mohon restu Ummi Abah dulu,kemudian mula berangkat.
Hening pagi memang ajaib.Sungguh indah,nyaman dan terasa hebat ditambah takjub melihat bagaimana Allah melukis langit dengan keindahan warna-warna alam,Maha Suci Allah,petanda-petanda hebat agung Yang Pencipta.Trafik tidak sesibuk semalam,lebih santai pagi ini.
Tiba di sekolah awal memang seronok.Pelajar-pelajar sedang menunggu perhimpunan pagi,rutin harian yang perlu.Itu disiplin yang menarik untuk diperhati dan direfleks pada diri.Pintu bilik dokumentasi sudah terkuak sedikit,bagai sudah setia menanti kehadiran diri.
Pagi ini seperti semalam,bersiar-siar dan pusing-pusing kawasan sekolah.Beberapa keping gambar diambil,praktikal sekali rekaan Samsung.Fokus hari ini adalah pada infrastruktur sekolah dan kemudahan-kemudahan.Menjengah perpustakaan,bilik media,surau dan beberapa sudut menarik di sekitar kawasan sekolah.Insha Allah pasti dimuatkan cerita tentang tempat-tempat dalam laporan nanti.
Tengahari,kelas pertama bersama Mentor bersama Tingkatan 4,dibuat di sebuah bilik kuliah,bersama kelas-kelas lain.Aktiviti yang sangat biasa,pasti terkenang di zaman bilik darjah di sekolah.Topik diberi,dibincang,kemudian di tulis di kertas mahjong untuk dibentang di hadapan kelas.Topik yang ringkas,namun mencabar.Diri memain peranan,sekadar membantu kumpulan-kumpulan pelajar berbincang,menyumbang dan menyaran isi dan idea serta memberi penjelasan dan jawapan ringkas untuk soalan-soalan spontan pelajar.
Perbentangan berjalan dengan sangat baik.Ringkas,namun dibincangkan secara bijak,sinis,komikal namun padat ditekan juga pada kosa kata.Sepanjang sesi perbentangan,gelak ketawa tidak lekang,tidak pasti samada rindu menjadi seorang pelajar mula bertaut ataupun mula suka berada dalam posisi ini.
Usai kelas,sedikit dialog dengan Mentor,sebelum berkemas dan singgah di SMKA Sheikh Abdul Malek,bertemu Mohamad Kamal Ismail dan turut hadir Abdul Wafi,Fahmi dan Naqiuddin Al Azhari untuk mesyuarat program akan datang,namun ditunda.Sempat menyantuni dan berbual mesra dengan guru Bahasa Melayu semasa menelaah di Tingkatan 5 2010 Cikgu Maizatul di Perpustakaan Harun Ar Rashid,dan berbincang dengan Ketua Pengawas Pusat Sumber berkenaan fikrah kepimpinan selain berkongsi pengalaman yang sedikit.
Solat Zohor,lewat di Surau Al Mumtazin,sempat bersama Syaqiq Bilkhi,minum air pelik,dibelanja makan snek seterusnya bergerak pulang ke rumah.Apapun,hujan memaksaku berhenti rehat sementara reda di sebuah warung,berdekatan dengan Markaz Pilihanraya PAS Bukit Tunggal.hujan tidak mengenal parti.menikmati secangkir teh panas berasap berharga RM1.20,dibayar dengan kepingan-kepingan syiling.minuman panas tatkala sejuk hujan,ahh ini terbaik.
sampai di rumah,sedikit basah namun tidak kuyup,begitu juga dengan jiwa ini.pengalaman hari kedua di SESTER membuatku tidak sabar meniti hari ketiga,semoga lebih baik daripada hari ini,amin~ kepilan doa semoga segala urusan,khasnya sepanjang menjalani tugasan ini,dipermudah,diberkati dan dirahmati Allah,insha Allah.
insha Allah,coretan ini akan disambung,bawa kisah seterusnya yang masih di alam esok.

Catatan SESTER:Hari Pertama
Bismilahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Prakata
Ditulis di sini adalah sedikit coretan untuk mengabadikan pengalaman menjalan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) atau School Orientation Program (SOP),sebagai sebahagian daripada latihan untuk bakal-bakal guru dengan tujuan memberi pendedahan awal serta pengalaman dalam mengajar serta mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) kepada mahasiswa-mahasiswi yang berada dalam program Pendidikan.secara ringkas dan mudahnya begitulah.
Saya menjalani ROS di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER).Bangunan sekolah asalnya sebuah maktab perguruan sebelum pusat itu dipindahkan secara rasmi ke Institut Perguruan Sultan Mizan di Besut,Terengganu. Lokasi yang sedikit tersorok,tidak lebih sekadar sebatang papan tanda tinggi dengan logo sekolah sebagai 'rumah api' atau penanda di lorong masuk menunjukkan lokasi sekolah.Program ini berlangsung kira-kira 10 hari,bermula 18 Ogos sehingga 29 Ogos 2013.
18 Ogos 2013,Ahad
Sedikit lewat bangun dan bersiap pagi ini.Bergegas dan sedikit kelam kabut,di hari pertama.Bermacam perkara remeh bermain di kepala,terutama perhimpunan rasmi di hari Ahad.Memulakan perjalanan dari Batu Enam ke Pasir Panjang,lebih kurang 10-15 minit bergantung pada trafik,namun perjalanan awal di pagi hari memang menguntungkan.
Sampai.Kelihatan pelajar-pelajar mula berkumpul,selain melihat dewan yang disusun kemas,persiapan sebelum perhimpunan rasmi bermula.Terus menuju ke bilik dokumentasi,bilik rasmi sepanjang menjalani ROS.bagaimanapun,dimaklumkan tidak lama kemudian,perhimpunan rasmi dibatalkan,cuma ada sedikit perjumpaan ringkas guru-guru bersama Tuan Pengetua.
Sempat berjumpa Mentor,namun hanya sekejap,beliau perlu menghadiri mesyuarat.Namun,sempat untuk memaklumkan bahawa pemerhatian akan bermula esok dan seterusnya.Tidak banyak perkara dilakukan,terasa jakun dan janggal yang amat sangat.Menyapa dan disapa oleh guru-guru yang begitu ramah dan terbuka,diajak berbual dan bersembang bersama beberapa yang lain,sekali lagi jakun dan janggal merayap jiwa.
Lapar,makan di kantin,namun sudah hampir tengahari,makanan pun tinggal roti dengan air kotak sahaja.Sesudahnya,berjalan dan meronda di kawasan berhampiran,selain berbual ringkas dengan beberapa pelajar.Boleh dikatakan di sepanjang hari pertama melaporkan diri,sekadar duduk,berdiri dalam bilik dokumentasi.Terima kasih kepada guru yang berkongsi kata laluan 'wifi' yang lebih laju capaiannya berbanding Streamyx di rumah,boleh juga ber'whatsapp' dan ber'facebook' mengisi kebosanan.
Waktu sekolah berakhir kira-kira jam 2:30 petang,namun pulang ke rumah kira-kira setengah jam kemudian.
bakal bersambung...
nota: tarikh peristiwa 18 Ogos 2013 namun ditulis pada 19 Ogos 2013.
Penulis ialah Biskut Alyahya,SU MMP.
Tuesday, August 13, 2013
Cebisan biskut Raya dalam kelalang plastik:peranan Anak Muda
Bismillahirahmanirahim
Setelah sekian lama meninggalkan blog ini,kerana kekurangan idea untuk menulis,namun segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan untuk jari jari ini kembali menari di atas papan kekunci Acer.insha Allah sedikit sebanyak perkongsian kali ini moga bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Satu masa dahulu,saya pernah sebut "anak muda perlu belajar,sekiranya tidak,perlu bekerja,lagi bagus belajar dan bekerja".apa yang penting secara ringkas di sini adalah tegasnya,anak muda perlu melakukan sesuatu,perlu progresif,aktif,proaktif.justeru,tindakan saya menyertai dan bergabung dengan sahabat saya Khairul Naim Rafidi membentuk Mahasiswa Melayu Progresif (MMP) berpusat di Shah Alam.
saya tidak bercadang untuk mempromosi MMP di sini,bukan dalam pos saya kali ini.apa yang saya ingin tekankan adalah merujuk kepada frasa yang sebut di awal tadi yakni samada belajar,bekerja mahupun keduanya.kerana saya melihat secara kasar khasnya dalam masyarakat Melayu semakin pudar item item ini.masih ada yang enggan belajar,begitu juga lebih suka menganggur.itu tidak baik,tidak produktif dan sumber manusia yang berpotensi sudah dibazirkan di situ.
oleh itu,saya menggesa supaya marilah kita sama-sama memastikan kita tergolong dalam kalangan mereka yang belajar atau menuntut ilmu baik di peringkat universiti,kolej mahupun institusi pondok sekalipun,ataupun berada dalam kalangan mereka yang bekerja,baik secara tetap,sambilan ataupun kerja sendiri yang menyumbang sedikit sebanyak kepada perkembangan dan kemajuan kemahiran interpersonal dan ekonomi individu.kalau boleh berada dalam kedua-dua bulatan ini,itu lagi baik,namun haruslah diseimbangkan sebaiknya,sebijaknya.
sekian saja untuk kali ini,moga bermanfaat.selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada semua sahabat beragama Islam.
penulis ialah Biskut Alyahya,Setiausaha Agung Mahasiswa Melayu Progresif

Subscribe to:
Posts (Atom)